2 Hari 1 Malam di Labuan Bajo: Naik Kapal Mewah Ala Pirates Bersama Lamain Voyages

Labuan Bajo, yang terletak di wilayah Flores, Indonesia, semakin menjadi tumpuan pelancong yang mencari pengalaman eksotik, pemandangan luar biasa dan pelayaran penuh epic. Pakej pelayaran 2 hari 1 malam bersama Lamaian Voyages membawa korang ke lokasi-lokasi popular seperti Padar IslandPink Beach, dan Loh Buaya, dengan penginapan mewah di atas kapal lengkap dengan makanan, aktiviti dan pemandangan yang memukau.

📆 Hari Pertama 

  • 7.00am: Bertolak dari jeti ke Kelor Island – untuk ke Kelor Island dari Ayana Komodo Wae Cecu Beach mengambil masa lebih kurang 1 jam.
  • 9:00am: Aktiviti di Kelor Island – Trek hiking setinggi 80 meter je, boleh sampai ke puncak 10 hingga 15 minit. Atas ni korang dapat menikmati panorama 360 laut & pulau disekitarnya.
  • 10:15am: Aktiviti di Loh Buaya – salah satu daripada Taman Nasional Komodo, korang dapat melihat dengan lebih dekat komodo, dan habitatnya.
  • 12:15pm: Makan tengahari di atas kapal – korang jangan risau sebab atas kapal ni ada chef yang akan masakan makan tengahari, minum petang & malam
  • 1:15pm: Melawat Kampung Rinca – perkampungan yang tinggal disekitar habitat Komodo. Selain, boleh nampak komodo korang juga berpeluang melihat kehidupan harian penduduk tempatan.
  • 4:45pm: Aktiviti Sunset di atas dek kapal – menjelang senja, dek atas kapal menjadi lokasi terbaik untuk menikmati sunset 360 darjah. Sunset dekat sini mula dari 5.30 petang tau! 

📆 Hari Kedua 

  • 5:30am: Aktiviti trekking ke Padar Island – terkenal dengan tiga teluk berwarna yang berbeza. Walaupun laluan mendaki agak mencabar (880 anak tangga) tapi pemandangan dari puncak menjadikannya sangat berbaloi. 
  • 8:30am: Aktiviti di Pink Beach – warna pasir yang unik menjadikan Pink Beach sebagai spot wajib untuk gambar estetik. Selain itu, korang boleh melakukan aktiviti snorkeling di sekitar pantai.
  • 11:00am: Aktiviti snorkeling di Pulau Sebayur Kecil
  • Salah satu pit stop di Pulau Sebayur Kecil, boleh lepak chill tepi pantai sambil menikmati air kelapa.
  • 12:00pm: Aktiviti Snorkeing di Pulau Sebayur Besar
  • Port OOTD yang sangat cantik

Dua lokasi ini menawarkan terumbu karang yang masih terpelihara dan hidupan laut yang pelbagai. Sangat sesuai untuk peminat aktiviti laut dan underwater photography.

Kenapa Pilih Pelayaran di Labuan Bajo Bersama Lamaian Voyages?

Lamain Voyages menawarkan pengalaman pelayaran eksklusif dengan kemudahan penginapan mewah di atas kapal dan membawa korang ke banyak destinasi popular. Korang nak hiking, snorkeling & melihat komodo semuanya lengkap. Yang paling onz, pemandangan laut yang membiru, pasti buat korang recharge. 

Kemudahan di Atas Kapal

Terdapat 1 bilik Master King Bed dengan jacuzzi & private toilet. Selain itu, tersedia 6 bilik Queen Bed, setiap satu dilengkapi private toilet juga. Bukan itu sahaja, terdapat ruang makan sama ada indoor ataupun outdoor, ruang santai dan dek yang tersedia bean bag, kerusi pasti buat korang selesa sepanjang pelayaran. 

Turut tersedia, breakfast, lunch, minum petang & dinner. Semua ni orang masakan tau, korang boleh chill je. Free-flow makanan ringgan & minuman termasuk kopi, air mineral & carbonate. 

Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh terus ke Instagram Lamain Voyages

Kini, perjalanan ke Labuan Bajo lebih mudah dengan penerbangan terus oleh AirAsia, penerbangan sebanyak 3 kali seminggu. Tanpa perlu transit, terus tiba di destinasi yang menawarkan pelayaran impian.

Apa lagi yang korang perlu tahu, bila ke Labuan Bajo!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *