Explore Lenggong Perak: Itinerari 2 Hari 1 Malam
Lenggong, Perak mungkin bukan destinasi yang selalu disebut bila bercakap tentang short getaway tapi sebenarnya di sinilah terletaknya hidden gems yang penuh ketenangan dan nilai sejarah. Dikelilingi tasik, sungai dan kampung tradisional, Lenggong sesuai untuk korang yang nak lari sebentar dari hiruk-pikuk bandar.
Ini itinerari 2 Hari 1 Malam di Lenggong, Perak:
📆 Hari Pertama


8.00 pagi: Sarapan Pagi di Mamu D’sungei – tempat makan tepi Sungai Perak yang cukup popular. Menu wajib cuba ialah roti sarang telur goyang bersama pelbagai kuih tradisional.
Waktu operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengah hari (Tutup Isnin)


10.00 pagi:Â Air Terjun Lata Kekabu – Kawasan air terjun ini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.Â
Waktu operasi: 7.00 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)


12.30 tengah hari: Makan Tengah hari di Dangau Mak Ani – Kalau ke Lenggong, jangan lepaskan peluang makan di Dangau Mak Ani. Hidangan kampung seperti ikan pekasam, masak lemak rambutan atau telur itik, ulam-ulaman dan lauk tradisional disediakan dalam satu talam dengan kadar harga serendah RM50 je.Â
Perlu buat tempahan awal terlebih dahulu (tiada walk-in).


3.00 petang: Muzium Arkeologi Lenggong – Luangkan waktu petang di Muzium Arkeologi Lenggong untuk kenal lebih dekat sejarah kawasan ini. Di sinilah tempatnya untuk belajar tentang Perak Man, kesan letusan gunung berapi dan kepentingan Lenggong dalam sejarah manusia.
Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)



5.00 petang: Check-in di Impiana Riverview Chalet, penginapan yang dikelilingi alam semula jadi dan deruan air terjun. Sesuai untuk korang yang nak berehat dan nikmati suasana kampung.


8.00 malam: Untuk makan malam, singgah di Ocu Ocuna yang menyediakan masakan panas, hidangan tradisional dan menu ringkas untuk santai malam.
Waktu operasi: 5.30 petang – 11.30 malam
📌 Tutup hari Khamis
10.00 malam – Rehat
Masa berehat dan recharge tenaga untuk hari esok.
📆 Hari Kedua:


8.30 pagi – Sarapan Pagi di Abang U.U Roti Canai. Dekat sini famous dengan keenakan murtabak ayam dan dagingnya. Selain itu terdapat juga masakan panas yang lain seperti kuey toew, bihun turut tersedia kuih-miub traditional.Â
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (Tutup Rabu)


9.30 pagi – Naik bot di Mini Amazon Lenggong. Dalam perjalanan, korang akan singgah di kolam ikan, menyeberangi jambatan Lenggong dan dapat lihat suasana kehidupan seharian penduduk tempatan.


10.00 pagi – Lawatan ke Aki Gallery, di sini korang boleh melihat barang-barang bersejarah, mencuba pakaian tradisional dan mengenali budaya tempatan dengan lebih dekat.
Waktu operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)


12.00 tengah hari – Akhiri percutian dengan singgah di Rumah Rusa Ayah Ann. Korang boleh melihat dan memberi makan rusa. Selain itu, kat sini turut menjual daging rusa seju beku untuk dibawa pulang.
Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Setiap hari)
Boleh dikatakan Perak mempunyai banyak tempat menarik yang berbaloi korang lawati. Ini antara senarai tempat menarik di Perak! Jangan lupa jadikan Lenggong, Perak sebagai your next destination!

