5 Sebab Beruang Matahari Dipilih Sebagai Maskot Visit Malaysia 2026 

Bila Malaysia umumkan beruang matahari sebagai maskot untuk Visit Malaysia 2026, ramai yang tertanya kenapa bukan haiwan yang lebih “famous” seperti Harimau Malaya, Orang Utan atau Tapir Malaya yang dipilih?? 

Untuk pengetahuan korang, beruang matahari atau nama saintifiknya Helarctos malayanus dipilih kerana ia mempunyai identiti negara, strategi pelancongan, dan mesej yang ingin dibawa. Bukan sebab comel semata tau! 

Jom ketahui 5 sebab utama mengapa haiwan ini yang dipilih sebagai maskot rasmi: 

1. Melambangkan Keunikan Biodiversiti Malaysia

Beruang matahari (Helarctos malayanus) ialah spesies beruang paling kecil di dunia dan hidup di hutan tropika Asia Tenggara. Di Malaysia, ia banyak ditemui di kawasan seperti Sabah dan Sarawak.

2. Kekuatan Malaysia dalam eco-tourism 

Malaysia antara negara yang masih ada hutan hujan tropika purba, dengan biodiversiti yang sangat tinggi. Beruang matahari hidup dalam ekosistem ni dengan makan buah-buahah, serangga, madu, dan bantu seimbangkan alam dengan penyebaran biji benih. 

👉 Jadi bila ia jadi maskot, Malaysia sebenarnya nak tonjolkan:

  • Rainforest experience
  • Wildlife exploration
  • Eco-tourism yang semakin popular sekarang

3. Identiti Yang Kuat 

Satu benda yang ramai tak perasan, dekat bahagian dada beruang matahari ni ada tanda kuning/oren yang bentuknya macam matahari.. ada simbol tersendiri tau tanda tu.

👉 Ini penting sebab:

  • Simbolik “matahari” merujuk kepada (tenaga, warmth, positivity), selari dengan imej Malaysia sebagai negara tropika

4. Meningkatkan Kesedaran Tentang Konservasi

Beruang matahari diklasifikasikan sebagai spesies terancam akibat kehilangan habitat dan aktiviti pemburuan haram.

👉 Dengan jadikan ia maskot, Malaysia bukan sekadar promosi pelancongan malah turut membantu untuk:

  • Educate orang tentang kepentingan lindungi wildlife
  • Selari dengan trend pelancong hari ini yang lebih aware tentang sustainability.

5. Membawa Identiti Malaysia

Dalam dunia pelancongan yang semakin kompetitif, setiap negara perlu menampilkan identiti yang jelas dan berbeza. Beruang matahari bukan sekadar simbol visual, tetapi juga membawa cerita tentang Malaysia sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi, kepelbagaian ekosistem, dan warisan semula jadi yang unik.

Pemilihan ini sekaligus menjadikan kempen Visit Malaysia 2026 lebih berjiwa dan bermakna, serta memberikan pengalaman yang lebih mendalam kepada para pelancong.

Secara keseluruhannya, pemilihan beruang matahari sebagai maskot Visit Malaysia 2026 adalah satu keputusan yang strategik dan bertepatan. Ia bukan sahaja menarik dari segi visual, tetapi juga sarat dengan nilai simbolik yang mencerminkan keunikan, kekayaan alam, serta komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Melalui maskot ini, Malaysia bukan sekadar mempromosikan destinasi pelancongan, tetapi turut berkongsi cerita dan identiti sebenar negara kepada dunia.

Teringin nak tengok Beruang Matahari dengan lebih dekat? Korang boleh singgah di Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC) yang terletak di Sandakan, Sabah.

Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC), Sandakan, Sabah

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *