Seri Negara: Fakta, Sejarah & Kenapa Korang Kena Datang!
Ramai sebenarnya masih belum tahu tentang kewujudan Istana Seri Negara sebuah permata tersembunyi yang terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur. Bukan sekadar bangunan bersejarah, ia pernah memainkan peranan penting dalam institusi diraja Malaysia, malah turut menjadi lokasi penggambaran filem terkenal Crazy Rich Asians. Kini, istana ini membuka pintunya sebagai muzium, memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami sendiri kisah dan keindahan di sebaliknya.
Ini sebab kenapa korang kena datang:
1. Sejarah & Peranan Istana Seri Negara

Istana Seri Negara dibina sekitar tahun 1950-an sebagai sebahagian daripada kompleks rasmi diraja Malaysia. Walaupun bukan kediaman utama, ia digunakan untuk pelbagai urusan rasmi dan acara penting yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
- Dibina pada era pasca-kolonial (1950-an)
- Berfungsi sebagai lokasi acara rasmi diraja
- Sebahagian daripada kompleks Istana Negara lama
- Simbol struktur pentadbiran diraja
- Pernah di inap oleh Queen Elizabeth II, Barack Obama dan ramai lagi.
2. Seni Bina Unik


Dari segi reka bentuk, Istana Seri Negara menampilkan gabungan seni bina kolonial British dan elemen tradisional Melayu. Ini menjadikan ia unik berbanding bangunan moden hari ini.
- Struktur simetri ala Eropah (kolonial)
- Masih mengekalkan identiti Melayu
- Estetik klasik yang sesuai untuk fotografi
3. Lokasi Strategik

Terletak dalam di tengah bandar Kuala Lumpur tapi suasana di sekitar sangat tenang dan dari kesibukan ibu kota.
- Berada dalam kawasan bersejarah KL
- Dikelilingi landskap hijau yang terjaga
- Dekat dengan Muzium Diraja
4. Tarikan Untuk Pelawat




Kini, ia dibuka sepenuhnya kepada umum untuk sesi lawatan tapi sebelum datang korang kena book dulu ya! Setiap lawatan, ada guide yang akan explain mengenai bangunan ini.
- Spot fotografi rare & asthetic
- Interaktif & Informative
- Background “royal vibe” yang unik
- Yang minat dengan sejarah, wajib datang!
- Ada cafe juga untuk chill
5. Kenapa Patut Masukkan Dalam Itinerari?
Istana Seri Negara bukan sekadar tempat untuk bergambar, tetapi ruang untuk korang yang benar-benar ingin memahami sisi lain institusi diraja Malaysia. Di sinilah kita dapat melihat gambaran yang lebih tepat bagaimana sistem diraja berfungsi di sebalik keindahan dan protokol yang jarang ditonjolkan kepada umum.




- Ada nilai sejarah yang mendalam
- Sesuai untuk travel yang lebih “meaningful”
- Pengalaman berbeza dari tempat pelancongan biasa
Masuk pun FREE je!
Untuk tempahan: SERI NEGARA
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang (Tutup Isnin)

