Senarai Air Terjun Di Malaysia: Port Healing Untuk Korang Explore! 

Malaysia memang terkenal dengan khazanah alam semula jadi yang masih terpelihara, dan air terjun adalah antara tarikan paling popular untuk luangkan masa dengan kawan-kawan ataupun keluarga. Setiap air terjun ada keunikan tersendiri dari yang mudah akses sampai yang tersembunyi dalam hutan.

Kalau korang tengah plan nak waterfall hunting, ini senarai air terjun di Malaysia yang boleh korang consider:

1. Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi

Terletak di pulau lagenda Langkawi, Telaga Tujuh adalah antara air terjun paling ikonik di Malaysia. Nama “Telaga Tujuh” datang daripada tujuh kolam semula jadi yang terbentuk secara bertingkat di sepanjang aliran air terjun ini.

Untuk sampai ke bahagian atas, korang perlu mendaki tangga yang agak mencabar, tapi jangan risau ada je tempat yang chill san tak perlu mendaki. 

Apa yang buat tempat ni special:

  • Kolam semula jadi yang sesuai untuk berendam
  • View panorama dari atas yang sangat cantik
  • Suasana tenang walaupun agak popular

2. Air Terjun Lata Kekabu, Lenggong

Air Terjun di Malaysia

Terletak di kawasan bersejarah Lenggong, Lata Kekabu adalah pilihan terbaik untuk korang yang nak air terjun yang mudah diakses. Tak perlu hiking, parking pun dekat je dengan kawasan air.

Air terjun ni sangat sesuai untuk family atau bawa kanak-kanak. Kawasan sekeliling pun luas, ada banyak spot untuk bentang tikar dan picnic.

Kenapa ramai suka:

  • Akses sangat mudah, sesuai untuk semua peringkat umur
  • Air tak terlalu dalam, lebih selamat

3. Air Terjun Kampung Asah, Pulau Tioman

Terletak di Pulau Tioman, air terjun Kampung Asah menawarkan pengalaman yang lebih “back to nature”. Untuk sampai ke sini, korang akan melalui kawasan kampung sebelum kena tracking dalam kawasan hutan. Tak lama pun hanya 10 minit je. 

Airnya sangat jernih dan sejuk, sesuai untuk korang yang nak rasa suasana tropika sebenar. Disebabkan lokasinya agak tersorok, tempat ni kurang sesak dan lebih privasi.

Tarikan utama:

  • Suasana tenang & masih terjaga 
  • Track friendly untuk semua peringkat umur

4. Air Terjun Sungai Ruok, Gerik

Kalau korang jenis suka explore hidden gem, Sungai Ruok di Gerik memang patut masuk list. Air terjun ni masih belum terlalu komersial, jadi suasananya lebih tenang. Korang juga boleh mandi dengan ratusan ikan kelah. 

Untuk sampai ke kawasan utama, biasanya perlu sedikit trekking. Sepanjang perjalanan, korang akan lalu kawasan hutan hujan, dapat tengok flora dan fauna tapi untuk masuk sini perlukan guide. 

Kenapa worth it:

  • Kurang crowd, lebih privasi
  • Landskap hutan yang masih asli

5. Air Terjun Sungai Kooi, Gerik

Satu lagi permata tersembunyi di Gerik, Sungai Kooi terkenal dengan kejernihan airnya dan suasana yang sangat tenang. Kawasan ni sering jadi pilihan mereka yang nak lari dari tempat yang terlalu crowded.

Kesini, korang tracking lebih kurang 15-20 minit. Tidak sesuai untuk kanak-kanak tau tapi memang cantik dengan batu-batu besar di sekitar sungai menjadikan tempat ni menarik untuk fotografi.

Sesuai untuk:

  • Aktiviti fotografi alam
  • Short escape dari kesibukan bandar

6. Teck Guan Cocoa Waterfall, Tawau

Created with Lens Buddy

Terletak di kawasan kelapa sawit di Tawau, air terjun ini menawarkan pengalaman yang agak berbeza berbanding lokasi lain. Dikelilingi oleh kehijauan hutan, suasananya terasa lebih eksklusif dan unik.

Air terjun ini agak tinggi dengan aliran yang kuat, menjadikannya pemandangan yang sangat menarik untuk dirakam tapi jangan risau air terjun ni tersedia life guard yang akan pantau pergerakan. Tersedia tempat persalinan baju, cafe dan tempat rehat. 

Keunikan lokasi:

  • Terletak dalam kawasan kelapa sawit
  • View yang jarang jumpa di tempat lain
  • Suasana tenang dan tak terlalu crowded 

7. Air Terjun Gunung Berlumut, Kluang

Terletak di Kluang, air terjun Gunung Berlumut sangat popular dalam kalangan pencinta alam yang sukakan sedikit adventure. 

Sepanjang perjalanan, korang akan disajikan dengan suasana hutan yang redup dan bunyi alam semula jadi yang menenangkan. Air terjun di sini juga bertingkat dengan kolam semula jadi yang sesuai untuk mandi.

Kenapa ramai datang:

  • Trekking santai tapi rewarding
  • Air terjun bertingkat yang cantik (Hidden) 
  • Suasana yang tenang & nyaman 

Tips Sebelum Korang Pergi Air Terjun 

  • Datang awal untuk elak crowd dan dapat suasana lebih tenang
  • Pakai kasut yang sesuai untuk trekking dan permukaan licin
  • Bawa air dan makanan secukupnya
  • Elakkan datang waktu hujan untuk keselamatan
  • Jaga kebersihan & bawa balik sampah

Daripada pulau seperti Langkawi dan Pulau Tioman hingga ke kawasan hutan di Gerik dan Tawau, Malaysia memang penuh dengan air terjun yang cantik dan unik.

Setiap lokasi ada pengalaman berbeza ada yang sesuai untuk family day, ada juga yang perfect untuk group trip. Apa pun pilihan ditangab korang, alam semula jadi Malaysia memang tak pernah mengecewakan 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *