Nadi Glamping Suites: Glamping Serendah RM200 di Pulau Pinang
Jika korang sedang mencari lokasi glamping di Pulau Pinang yang tenang, selesa dan mesra bajet, Nadi Glamping Suites mungkin pilihan yang tepat sebab harga bermula sekitar RM200 semalam.
Terletak di Juru Auto City, Perai, Pulau Pinang, Nadi Glamping Suites menjadi destinasi pilihan untuk korang yang ingin meluangkan masa bersama pasangan & jauh dari kesibukan bandar.
Pilihan Penginapan Glamping:
Nadi Cabin



Bagi pasangan yang mencari suasana romantik dan privasi, Nadi Cabin menawarkan kabin berkonsepkan moden yang cukup selesa untuk dua orang.
Kemudahan yang disediakan termasuk:
- 1 katil queen
- Televisyen
- WiFi percuma
- Pemandangan kehijauan yang menenangkan
Reka bentuk kabin yang minimalis serta dikelilingi pepohon hijau menjadikan suasana lebih nyaman untuk percutian santai bersama pasangan.
Nadi Twin Cabin


Jika korang bercuti bersama rakan atau ahli keluarga, Nadi Twin Cabin merupakan pilihan yang sesuai.
Antara kemudahan yang tersedia:
- Twin single bed
- Mini peti sejuk
- Pemanas air
- Kerusi healing untuk bersantai
- Toiletries lengkap
Ruang yang praktikal dan selesa membolehkan korang menikmati pengalaman glamping tanpa mengorbankan keselesaan.
Nadi Cove



Bagi yang ingin merasai pengalaman glamping moden sebenar, Nadi Cove menawarkan penginapan yang direka khas untuk dua orang.
Kemudahan asas yang disediakan termasuk:
- 1 katil queen
- Fasiliti asas yang lengkap
- Suasana glamping moden yang selesa
Penginapan ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati suasana alam semula jadi dengan sentuhan moden.
Suasana Tenang Dikelilingi Kehijauan Alam

Salah satu tarikan utama Nadi Glamping Suites ialah suasananya yang dipenuhi flora dan kehijauan. Persekitaran yang damai menjadikan lokasi ini sesuai untuk aktiviti healing, staycation hujung minggu atau percutian singkat bersama insan tersayang.


Antara kemudahan yang boleh dinikmati ialah:
- Kawasan BBQ, boleh sewa BBQ pit
- Ruang santai terbuka
- Persekitaran yang tenang dan nyaman
Pada waktu malam pula, korang boleh menikmati aktiviti campfire night. Duduk santai bersama keluarga atau rakan-rakan sambil bakar marshmallow.
Makan Malam di Streeto Pizza


Tidak jauh dari kawasan glamping ada kedai pizza kayu api yang menarik iaitu Streeto Pizza. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah: Pizza Wagyu.
Selepas seharian berehat dan menikmati suasana alam, korang boleh nikmati pizza kayu api Streeto Pizza sebagai sajian makan malam sambil layan bonfire night.
Lokasi Nadi Glamping Suites

📍 Nadi Glamping Suites
Juru Auto City, Perai, Pulau Pinang
Cara Tempahan
Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi: www.alvsuites.com

