Naik ETS ke Johor, Dapat 35% Diskaun Tiket Legoland Malaysia!

Berita gembira buat korang yang menaiki keretapi ETS menuju ke Johor Bahru! Sekarang ni, korang boleh dapatkan diskaun 35% bagi tiket Legoland Malaysia!

Promosi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kerjasama bersama Legoland Malaysia Resort melalui majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) yang termeterai baru-baru ini.

Sekitar Majlis Pemeteraian MoU antara KTMB dan Legoland Malaysia Resort
Dari Kiri: Naib Presiden Legoland Malaysia Resort, En. Cs Lim & Ketua Pegawai Operasi KTMB, En. Afzar Zakariya

Menerusi kerjasama ini, penumpang ETS kini boleh menikmati diskaun sebanyak 35% untuk beberapa pakej pilihan di Legoland Malaysia Resort termasuk:

  • Theme Park – only day ticket
  • Theme Park + SEA LIFE Combo Day Ticket
  • Theme Park + Water Park + SEA LIFE Triple Park Combo Day Ticket

Promosi ini berlangsung bermula 21 Mei 2026 hingga 21 November 2026 dan tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi Legoland Malaysia.


Pengalaman Naik ETS ke Johor Bahru Menuju Legoland Malaysia!

Baru-baru ini, team Kaki Travel turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman menaiki ETS menuju ke Legoland Malaysia. Perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral mengambil masa sekitar 4 jam 20 minit. Setibanya di JB Sentral, kami menaiki bas untuk ke Legoland.

Perjalanan menaiki ETS ini selesa dan lancar. Malahan, terdapat banyak fasiliti yang disediakan dalam tren ini bagi memudahkan para penumpang.

Fasiliti Dalam ETS

ETS Bistro

Lapar dalam tren? Jangan risau, dalam ETS pun ada Bistro yang dikendalikan oleh jenama Stesen sebagai katerer baru. Ada pelbagai jenis sajian menu menanti korang! Menariknya, menu dari jenama SANTAN kini turut boleh dinikmati dalam ETS tau..

Legoland Hotel

Lobby Hotel

Masuk je di lobi hotel, terus rasa terpegun sebab rasa macam masuk dunia imaginasi penuh lego berwarna-warni! Sementara tunggu proses nak check in, korang boleh bermain lego yang ada disekitar lobi tu. Boleh dikatakan setiap bahagian dalam hotel ini penuh dengan lego!

Satu pengalaman menakjubkan untuk menginap di Hotel Legoland yang menawarkan suasana ceria dan unik dengan bilik bertema yang lengkap dengan dekorasi imaginatif serta ruang yang sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Untuk pengetahuan korang, bilik-bilik dekat hotel Legoland ini ada tema tersendiri. Ada 5 tema menarik iaitu:

  • Kingdom
  • Adventure
  • Pirate
  • NinjaGo
  • Lego Friends

Oh ya, satu lagi perkara best dalam setiap bilik ada Tresure Hunt tau! Korang kena selesaikan misi yang diberi untuk buka peti harta karun. Ada hadiah tau dalam peti tu!

Bricks Family Restaurant

Buat korang yang menginap di Legoland Hotel, boleh cuba makan sarapang pagi, lunch atau dinner di Bricks Family Restaurant. Ada bermacam jenis makanan disajikan secara buffet. Ada masakan Melayu, Western, aneka hasil laut yang fresh dan dessert yang berwarna-warni tau!

Sambil makan, korang juga boleh enjoy main game yang ada di alas meja makan tu. Ada game Word Search, Spot the Diffence, Teka Silang Kata & siap boleh mewarna menggunakan krayon! Sambil makan, boleh fun-fun luangkana masa bersama anak-anak!

Aktiviti di Legoland Malaysia!

Dekat Legoland Malaysia ini ada 3 jenis tarikan yang menarik untuk korang explore! 3 tarikan itu adalah:

  • Theme Park
  • Water Park
  • Sea Life


Dalam Theme Park di Legoland ini ada banyak permainan yang best-best korang boleh cuba. Antara yang menarik adalah rollercoaster yang terletak di Lego Kingdom. Memang mencabar adrenalin naik rollercoaster dekat sini! Selain tu, ada juga aktiviti buat lego kereta Ferarri di zon Build & Race. Selain tu, korang juga boleh naik mini keretapi ronda sekitar Theme Park, menaiki Legoland Tower untuk lihat panorama skyline Legoland serta berfoto di bangunan-bangunan ikonik di dunia yang dibina mengunakan lego sepenuhnya!

Jangan lepaskan peluang untuk masuk ke Sea Life untuk lihat bermacam jenis hidupan laut! Menariknya, banyak informasi berkenaan hidupan laut dipaparkan secara kreatif dan interaktif. Malah, korang juga boleh cuba pegang tapak sulaiman & tengok kuda laut serta ikan jerung yang besar secara dekat! Memang berwarna-warni kaca akuarium dekat Sea Life ini tau!

Diskaun 30% untuk ETS & ERT


Kerjasama antara KTMB dan Legoland Malaysia dilihat mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih pengangkutan awam untuk bercuti sambil menikmati pengalaman pelancongan yang menyeronokkan dan lebih mudah.

Pada masa sama, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ETS & ERT (Ekspres Rakyat Timuran JB Sentral – Tumpat) pada hari Isnin hingga Khamis juga boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 30% dengan menggunakan kod promo MADANI30 sebelum membuat pembayaran. Promosi tersebut sah sehingga Oktober 2026.

Korang boleh dapatkan tiket menerusi aplikasi KITS Style, aplikasi KTMB Mobile, di laman web online.ktmb.com.my atau di mesin kiosk tiket yang ada di stesen KTMB.

Untuk semak jadual perjalanan, boleh rujuk menerusi pautan link dibawah:

Semak Jadual Tren KTMB


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *