Senarai Bufet Ramadan Bawah RM50 di Shah Alam (2026)
Lagi beberapa minggu je nak Raya. Confirm ramai dah mula rasa penat nak fikir menu berbuka setiap hari, kan? Kalau dah malas nak masak, apa kata tukar angin dengan bufet Ramadan bawah RM50 di Shah Alam.
Murah, berbaloi, dan paling penting boleh makan puas-puas tanpa perlu berpeluh di dapur
1. Holysmoke Cafe, Seksyen 13

Kalau nak pilihan lauk yang banyak dengan harga mesra poket, Holysmoke Cafe memang antara pilihan menarik. Tersedia Lebih 20 jenis lauk-pauk antaranya Kari ikan, ayam masak kicap, mee bandung Johor dan jenis kuih-muih tradisional. Harga cuma RM32.90 je.
2. D’Kayangan Steambot BBQ

Peminat steambot wajib datang sini, antara tarikan utama: kambing golek ada setiap hari, Free flow oyster, Nasi beriyani & hot station (nasi, spaghetti). Selain itu, ada live cooking seperti char kuey teow, murtabak, roti john dan pastinya steambot dengan pelbagai pilihan.
3. Shabu-Shi

Nak konsep Jepun sikit masa berbuka? Shabu-Shi ada menu tambahan khas Ramadan. Antaranya: Chicken karage, Gyoza dan Takoyaki. Yang penting, unlimited! Boleh makan puas-puas, tapi ingat ya… jangan membazir.
4. Warong Nasi Lemak Klasik, i-City

Nama je warong, tapi tempat makan dia memang eksklusif dan selesa. Warong Nasi Lemak Klasik terletak di i-City ini berhawa dingin dengan ruang yang luas. Korang pilih dari makanan berat, sampingan, live cooking sampai dessert. Harga cuma RM49.90 je. Sesuai untuk family gathering atau buka puasa dengan ofis mate.
5. Salai Power Restaurant

Kalau craving masak lemak pedas dan lauk salai, boleh cuba Salai Power Restaurant. Pelbagai jenis lauk salai & masak lemak. Konsep pula ala klasik dengan ruang yang luas dan selesa. Memang ngam untuk yang suka citarasa kampung!
6. Chiq Chopz, Seksyen 13

Nak dua citarasa dalam satu tempat? Chiq Chopz ada pilihan Melayu dan Western. Jadi, dah tak perlu gaduh dengan husband/wife sebab boleh mix and match ikut selera masing-masing.
7. Suatu Perjalanan, Seksyen 30

Yang ni bukan bufet biasa, tapi konsep set untuk single ataupun berkumpulan. Set seorang hanya RM15, untuk 4-5 pax hanya RM95 dengan 5 menu utama. Lepastu, free flow mushroom soup, buah & kurma lagi. Suasana pun tenang, macam cafe ala camping gitu.
Tak perlu risau lagi nak berbuka kat mana. Dengan pilihan bufet Ramadan bawah RM50 di Shah Alam, korang boleh nikmati pelbagai jenis makanan tanpa risau bajet lari.
Nak tambah tips sikitlah bulan puasa ni:
- Buat tempahan awal sebab musim Ramadan memang cepat penuh. Lagi-lagi weekend!
- Datang awal supaya tak perlu beratur panjang.
- Ambil makanan berpada-pada dan elakkan pembaziran.

