10 Tempat Menarik di Chiang Mai, Thailand – Ramai Orang Malaysia Tak Tahu!
Kalau korang tengah plan trip ke Thailand tapi dah bosan asyik ke Hatyai dan Bangkok, apa kata tukar angin ke Chiang Mai, Thailand. Bandar yang terletak di utara Thailand ini agak berbeza sebab dikelilingi gunung sekaligus menjadikan destinasi kat sini lebih tenang dan cuaca pun nyaman.
Kali ini, kami nak kongsikan 10 Tempat Menarik di Chiang Mai:
1. Queen Sirikit Botanic Garden


Kalau korang suka tempat yang tenang dan penuh kehijauan, taman botani ni memang wajib singgah. Kawasan dia luas gila, jadi memang kena allocate masa sikit untuk explore. Ada pelbagai zon tumbuhan termasuk glasshouse tropika yang simpan koleksi flora rare dari kawasan berbeza. Kalau korang jenis suka ambil gambar nature aesthetic, memang banyak spot cantik dekat sini.
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 4.30 petang (Setiap hari)
2. Canopy Walks


Berjalan di atas jambatan besi yang dikelilingi pokok-pokok hutan, pada masa yang sama dapat tengok view yang sangat menenangkan! Canopy walk ni masih dalam taman botani tau. Jadi, bagi pencinta alam ini lah tempat yang patut masuk dalam itinerary.
3. Phoenix Adventure Park


Untuk yang sukakan aktiviti ekstrem, Phoenix Adventure Park ada zipline dan sky bridge yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu. Korang boleh menaiki Phoenix Train untuk menikmati pemandangan taman sekitanya.
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 malam (Setiap hari)
4. Grand Canyon Water Park

Nak aktiviti yang lebih fun? Korang wajib datang sini sebab ia menawarkan aktiviti air seperti inflatable obstacle course, gelongsor air, dan zipline. Sesuailah untuk luangkan masa bersama kawan-kawan atau family, make sure bawa sunscreen ya.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 malam (Setiap hari)
5. Chiang Mai Night Safari



Nak pengalaman berbeza pada waktu malam? Chiang Mai Night Safari ialah taman hidupan liar yang dibuka pada waktu malam. Korang boleh naik tram dan lihat haiwan seperti zirafah, rusa dan singa dari jarak dekat. Rasa betul-betul macam dalam dokumentari wildlife, tapi versi live.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
6. Mae Sa Elephant Camp

Thailand memang terkenal dengan gajah, jadi inilah peluang korang untuk tengok cara penjagaan dan aktiviti harian mereka. Yang best boleh bagi gajah makan!
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 4.30 petang (Setiap hari)
7. Tha Phae Gate

Ini tempat paling ikonik di Chiang Mai. Tembok bata merah yang jadi pintu masuk ke Old City. Merupakan replika kepada binaan asal yang dibina semula pada tahun 1985–1986. Datang time golden hour untuk bergambar memang cantik!
8. Karen Long Neck Village



Kalau nak kenal budaya komuniti tempatan, boleh lawat perkampungan Karen Long Neck. Wanita di sini terkenal dengan pemakaian gelang leher tradisional. Dekat sini, korang boleh mengenali budaya dan sejarah mengenai latar belakang budaya komuniti ni.
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 7.00 malam (Setiap hari)
9. Wat Chedi Luang

Kalau korang pusing Old City, mesti nampak Wat Chedi Luang stupa besar abad ke-14 yang separuh runtuh lepas gempa bumi tahun 1545. Dulu paling tinggi di Chiang Mai, sekarang tinggal struktur vintage dengan tangga ukiran naga dan arca gajah.
Waktu Operasi: 5.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
10. Siripanna Villa Resort & Spa




Lepas penat berjalan, dapat duduk tempat cantik macam ni… mesti akan lebih tenangkan. Resort berkonsepkan traditional dengan sentuhan moden ni, dikelilingi dengan taman menghijau dan swimming pool yang besar.
Tak hairanlah Chiang Mai sering digelar sebagai jantung budaya utara Thailand sebab setiap sudutnya ada cerita, setiap binaannya ada sejarah dan setiap tempat ada bermacam aktiviti!

