Itinerari 2 Hari 1 Malam ke Tampin & Alor Gajah – Edisi #NaikKTMKomuterJe

Nak short trip yang mudah, jimat masa dan penuh aktiviti menarik? Tampin, Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka mungkin bukan destinasi pelancongan paling “mainstream”, tapi sebenarnya kawasan ni penuh dengan hidden gems!
Menariknya, semua ni boleh diakses dengan mudah menggunakan perkhidmatan KTM komuter. Jom ikuti perkongsian itinerari 2 hari 1 malam kami yang penuh dengan aktiviti. Semunya bermula dengan menaiki KTM Komuter dari Seremban, Negeri Sembilan ke Pulau Sebang, Melaka.
📆 Hari Pertama


- 8:12am: Menaiki Komuter (KTM) dari Seremban, Negeri Sembilan ke stesen KTM Pulau Sebang/Tampin – perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit.
- Sekarang KTM Komuter dah guna sistem pembayaran terbuka. Selain beli tiket di mesin kios atau aplikasi KITS, korang juga boleh terus tap masuk menggunakan kad kredit, kad debit, Komuter Link, Touch ‘n Go, Samsung Pay atau Apple Pay. Senang, cepat dan lebih mudah!
- 8:53am: Tiba di Stesen KTM Pulau Sebang/Tampin dan ambil kereta sewa.



- 9.30am: Mulakan aktiviti di A’Famosa Safari Wonderland – kat sini korang boleh tengok dengan lebih dekat haiwan eksotik seperti harimau, gajah, zirafah, buaya dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga persembahan dari haiwan lain yang menghiburkan.


- 1:00pm: Cuci mata di Freeport A’Famosa Outlet – port wajib bagi kaki shopping, ada pelbagai outlet jenama terkenal dan harga berpatutan!



- 2:30pm: Makan Tengahari di Sultan Salai – dah penat berjalan, inilah masanya untuk isi perut. Dekat sini terkenal dengan masakan salai autentik Negeri Sembilan.



- 4:00pm: Check in di Park Royal A’Famosa Melaka Resort – Terletak di dalam A’Famosa, hotel ni menawarkan bilik yang selesa dan luas. Siap ada swimming pool, playground, bilik meeting, lounge dan bermacam lagi.


- 5:30pm: Aktiviti seterusnya di Tampin Eco Extreme Park – boleh cuba aktiviti lasak seperti flying fox, wall climbing dan rock climbing!



- 7:30pm: Makan Malam di Kayo Cafe – Cafe dengan tema ala-ala klasik ni pasti buat korang throwback zaman kanak-kanak.



- 9:00pm: Aktiviti terakhir rilekskan badan di Gadek Hotspring – selain kolam air panas, terdapat juga mini waterpark untuk kanak-kanak. Jadi ia aktiviti sesuai untuk seisi keluarga juga kawan-kawan.
- 11:00pm: Rehat
📆 Hari 2


- 8:00am: Sarapan Pagi di Restoran Melati – ada pelbagai juadah makanan pagi dan kuih-muih. Memang ngam!



- 9:30am: Aktiviti di Gua Batu Maloi – kat sini korang boleh explore gua batu granit yang unik. Terdapat 24 check point yang korang kena lalui dengan merangkak, lalu dicelahan batu, gua kelawar, air tejun dan bermacam lagi.
- Untuk tempahan boleh hubungi, RNR Adventures satu-satunya operator Gua Batu Maloi dengan pensijilan MaTEx plus Safety tip-top, pakej siap ada insurans. +60 10-256 8685 (RnR Adventures)


- 1:00pm: Makan Tengahari di Kuwaah Tampin – korang wajib singgah untuk rasa makanan orang local, korang boleh pilih sama ada nak makan secara buffet ataupun ambil set dulang.
- 2:30pm: Bergerak ke Stesen KTM Pulang Sebang dan pulangkan kereta sewa.
💸 Anggaran Kos Trip Tampin & Alor Gajah:
- Tiket Komuter (Seremban, Negeri Sembilan ke Pulau Sebang, Melaka): RM 6.40 (sehala)
- Kereta sewa: RM 130 – RM 150/ 1 hari
- Penginapan: RM 334/ 1 malam (2 pax)
- A’Famosa Safari Wonderland: RM 59 (Dewasa) | RM 49 (Kanak-Kanak & Warga Emas)
- Tampin Eco Extreme Park: Wall Climbing – RM 50 | Flying Fox – RM 70
- Gadek Hotspirng: RM 13 (Dewasa – Selasa hingga Jumaat) | RM 17 (Dewasa – Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Sekolah) | RM 11 (Kanak-kanak, Warga Emas & OKU – Selasa hingga Jumaat) | RM 13 (Kanak-kanak, Warga Emas & OKU – Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Sekolah)
- Gua Batu Maloi: RM 75 (Day trip)
- Makan: bergantung kepada bajet masing-masing
Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter ke Pulau Sebang memang satu pilihan bijak untuk short trip. Korang dapat lari kesibukan lalu lintas untuk ke explore destinasi menarik di Negeri Sembilan & Melaka. Pada masa sama, dapat nikmati pemandangan menghijau dengan fasiliti yang terdapat di dalam komuter seperti:



✅ Tersedia coach wanita, jadi korang akan rasa lebih selamat!
✅ Tempat duduk untuk warga emas, OKU & wanita mengandung
✅ Tersedia alat keselamatan kecemasan & rakaman litar tertutup (CCTV)
✅ Tempat duduk yang selesa dengan plug point
✅ Nak beli tiket? di kiosk KTMB, atau lebih mudah melalui aplikasi KITS Style
Tips Travel Naik Komuter KTMB
✅ Check masa ketibaan komuter di https://online.ktmb.com.my/TimeTable/Search
✅ Datang awal ke stesen – untuk tak terlepas train!