AirAsia Cambodia Lancar Penerbangan Domestik dari Phnom Penh ke Siem Reap dan Sihanoukville
Pada 2 Mei lalu, AirAsia Cambodia telah melancarkan penerbangan domestik dari Phnom Penh ke dua destinasi utama, iaitu Siem Reap dan Sihanoukville.
Penerbangan ini menggunakan dua pesawat jenis A320 yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja dan diberi gelaran sebagai the ‘Red Naga’.
The ‘Red Naga’ ini telah dilancarkan oleh Setiausaha Tetap Negara Chea Oun yang turut dihadiri oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Vissoth Nam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Penerbangan AirAsia Bo Lingam.
Dengan pelancaran the ‘Red Naga’ ini, ia telah membuka pintu bagi para pelancongan antarabangsa dan penduduk tempatan untuk menikmati keindahan Kamboja dengan lebih selesa juga mudah.
Vissoth Nam, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Cambodia berkata pelancaran penerbangan domestik pertama ini menandakan permulaan baharu dalam industri pelancongan negara yang kini lebih mudah diakses dan mampu milik.
“Kami berbesar hati untuk menawarkan peluang kepada rakyat Kemboja menerokai destinasi dalam negara bagi memupuk kemakmuran ekonomi melalui peningkatan pelancongan dan peluang perniagaan”, ujarnya.
Tambahanya lagi, penerbangan domestiku AirAsia Cambodia ini juga seiring dengan usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke wilayah Siem Reap yang terkenal dengan warisan budaya melalui kempen ‘Visit Siem Reap 2024’ yang baru dilancarkan.
Penerbangan ke tiga destinasi tersebut dengan kekerapan penerbangan harian kini boleh didapati untuk tempahan dengan 6,000 tempat duduk percuma bagi tempoh perjalanan antara 2 Mei ini dan 29 Mac 2025 di airasia.com dan AirAsia MOVE.
Bagi penerbangan antarabangsa AirAsia telah menghubungkan Phnom Penh, Siem Reap dan Sihanoukville ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Australia dan banyak lagi melalui hab utamanya di Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand sebanyak 63 penerbangan mingguan.