Sementra Serenity Springs – Tempat Percutian Berkonsepkan Alam di Gopeng, Perak

Perak terkenal dengan destinasi alam semula jadi yang cantik, dan salah satu tempat percutian yang semakin mendapat perhatian ialah Sementra Serenity Springs di Gopeng. Terletak di Kampung Ulu Geroh, resort ini menjadi pilihan bagi yang mahu lari seketika daripada kesibukan ibu kota dan mencari ketenangan. 

Kalau jenis suka vibe “escape to nature”, resort ni amat bersesuaian!

Penginapan di Sementra Serenity Springs

Apa yang menarik tentang Sementra ialah konsepnya berbeza daripada resort lain tau. Resort ini dibina dengan konsep low density, iaitu bilangan bilik terhad supaya korang dapat nikmati suasana lebih privasi dan tenang. 

Terdapat tiga pilihan penginapan:

  • Larva Chalet –  Kalau korang datang hanya berdua, try chalet ni. Chalet atas air dengan view tasik siap ada balkoni. 
  • Puupa Chalet – Semi-detached tepi tasik, ini pun ada private balkoni. Boleh muat 3 orang! 
  • Mekar Chalet – Chalet dua tingkat ni ngam untuk korang yang nak suasana lebih tenang. Dikelilingi kehijauan dengan view hutan. 

Meskipun berkonsepkan alamsemulajadi, keselesaan korang tetap jadi keutamaan. Bilik kat sini bersih, kemudahan lengkap, katil empuk.

Aktiviti Menarik di Sementra Serenity Springs

Tak sah kalau datang Sementra cuma duduk dalam bilik. Banyak aktiviti best yang korang boleh enjoy:

  • Hotspring Semula Jadi – Berendam di kolam air panas semula jadi, dan rasa ketenagan macam pergi spa tapi dengan suasana yang lebih real sebab dikelilingi alam.
  • Waterfall Pool  – Apa yang paling best, air yang mengalir dari pool ni datang dari sumber air semula jadi. 
  • Rajah Brooke’s Birdwing – Dapat tengok ikonik rama-rama berwarna hijau dan hitam.
  • Gaming Area – Kalau dah puas outdoor, boleh cool down dalam gaming area. Layan game dengan kawan-kawan atau family…  jadi taklah bosan kalau tiba-tiba hujan. Balance antara nature and fun.
  • Fish Feeding – Aktiviti simple tapi fun, especially kalau bawa anak-anak. 
  • Nature Garden – Spot untuk berjalan dan ambil gambar aesthetic.

Lokasi dan Akses

Sementra Serenity Springs ni terletak di Lot 15918, Kampung Ulu Geroh, 31600 Gopeng, Perak. Dari Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Dari Ipoh pula, hanya 30 hingga 40 minit. 

Untuk tempahan, boleh hubungi:

📅 https://bit.ly/BookingSMT
💬 WhatsApp: +6016 952 0363 | https://bit.ly/3CluqGG
🌐 www.sementra.my
📧 booking@sementra.com.my

Sementra Serenity Springs ni boleh dikatakan hidden gems di Perak. Tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak rasa macam cuti dalam nature reserve. Sama ada nak rileks, nak adventure, atau short escape, tempat ni memang padu untuk recharge balik tenaga. Ini antara aktiviti menarik di Gopeng!


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *