Ruginya Tak Jejak Sini! 8 Tempat Menarik Di Kuala Selangor!


Kuala Selangor adalah antara destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian khususnya bagi korang yang ingin meluangkan masa tanpa perlu bercuti panjang. Dalam masa 1 hari, korang boleh terokai keindahan kawasan ini yang menawarkan pelbagai tarikan menarik merangkumi alam semula jadi, sejarah, dan makanan yang lengkap dari pagi hingga malam.
Berikut 8 Tempat Menarik di Kuala Selangor yang ringkas, santai dan sesuai untuk korang lawati!


8.00 Pagi – Sarapan di Roti Canai Pelangi, terkenal dengan roti canai berwarna-warni dan pelbagai perisa. Sesuai sebagai permulaan mengisi perut sebelum aktiviti seterusnya.
Waktu operasi: 7.00 pagi – 1.00 petang (Tutup Jumaat & Isnin)



9.00 Pagi – Seterusnya, aktiviti diteruskan ke Sky Mirror, tarikan ikonik Kuala Selangor. Fenomena pantulan langit di atas pasir ini hanya muncul pada waktu tertentu dan bergantung kepada keadaan air laut. Lokasi ini sangat popular untuk sesi fotografi kerana hasil gambar yang kelihatan seolah-olah berada di atas cermin semula jadi.

12.30 Tengah Hari – Selepas aktiviti pagi, tiba masa untuk makan tengah hari di warung udang galah. Udang galah segar disediakan dengan pelbagai menu seperti berempah, masak lemak, mee kari dan bermacam lagi.
Waktu operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Tutup Isnin)



3.30 Petang – Waktu petang diisi dengan lawatan ke Bukit Melawati, sebuah lokasi bersejarah yang menawarkan suasana tenang dan pemandangan yang menarik. Selain tinggalan sejarah, kawasan ini juga terkenal dengan monyet silver leafed.

5.00 Petang – Minum petang pula boleh singgah di Borhan Cendol. Cendol dan rojak menjadi pilihan popular untuk mengisi perut selepas seharian berjalan.
Waktu operasi: 10.00 pagi – 7.00 malam (Tutup Selasa & Jumaat)


6.30 Petang – Aktiviti eagle feeding merupakan antara pengalaman yang tidak boleh dilepaskan di Kuala Selangor. Pengunjung akan menaiki bot menyusuri sungai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. Ketika ini, burung helang dan burung camar terbang rendah mencari makanan, menjadikan suasana senja lebih hidup dan menarik.


7.30 Malam – Apabila malam menjelma, aktiviti melihat kelip-kelip menjadi tarikan utama. Cahaya kecil yang berkelipan di celah pokok mencipta suasana yang tenang dan mendamaikan, sesuai untuk pencinta alam.

8.00 Malam – Kemuncak sehari di Kuala Selangor ialah fenomena Blue Tears, iaitu plankton yang mengeluarkan cahaya biru apabila air digerakkan. Fenomena ini bergantung kepada keadaan cuaca dan air laut.
Untuk Tempahan aktiviti:
📲 017-730 1239 (D Tours Kuala Selangor)


9.00 Malam – Perjalanan diakhiri dengan makan malam di Selera Hali Asyraf, yang menawarkan pelbagai menu ikan segar dan masakan laut. Hidangan panas menjadi penutup yang sempurna sebelum pulang.
Waktu operasi: 4.00 petang – 1.00 pagi (Setiap hari)
Percutian ke Kuala Selangor membuktikan bahawa pengalaman menarik tidak semestinya memerlukan masa yang panjang, cukup dengan itinerari yang tersusun dan aktiviti yang tepat. Boleh juga tengok di video dibawah

