Itinerari 2H1M di Tawau, Sabah – Underrated Tapi Wajib Explore!
Kalau korang jenis suka cari tempat yang tak terlalu mainstream, tak sesak macam bandar pelancongan lain… Tawau, Sabah memang patut masuk dalam bucket list.
Ini itinerari lengkap 2 hari 1 malam di Tawau untuk korang yang nak short getaway:
📆 Hari Pertama
8.30 Pagi – Sarapan di Kedai Kope Mee Tauhu Borneo


Dah sampai Tawau, korang wajib cuba Mee tauhu dan nasi kuning… antaranya menu yang famous dekat sini. kedai ni menyajikan set mee goreng dengan tauhu lembut, nasi kuning dan pelbagai pilihan jenis tauhu. Sambil makan siap ada busking!
Waktu Operasi: 6.00 pagi – 2.00 petang (Setiap hari)
⏰ 10.00 pagi – Teck Guan Cocoa Village



Tempat ni sesuai untuk korang chill sambil ambil gambar OOTD dengan suasana hijau yang cantik. Ada juga kafe untuk rasa minuman coklat yang dihasilkan dan makanan berat. Lagi best, setiap pembelian tiket masuk akan dapat free air coklat.
⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)
💰Tiket Masuk: RM 10.00
11.00 pagi – Teck Guan Cocoa Waterfall

Tak jauh dari situ, korang boleh terus ke Teck Guan Cocoa Waterfall. Ada 2 pilihan untuk pergi kesini, sama ada menaiki truk yang disediakan ataupun drive sendiri.
Di sini juga tersedia cafe dengan pemandangan air terjun, korang nak mandi pun boleh. Siap ada life guard, dan changing room.
⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang
💰Tiket Masuk: RM15.00
12.30 tengahari – Makan Tengahari di Mess Kitchen



Bagi korang yang gemar makanan western dan pastries, Mess Kitchen memang pilihan tepat. Suasana restoran ni tenang, luas dan selesa, seakan-akan makan dalam kawasan hutan.
⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang
2.00 petang – Check-in di Kau Sim Farm





Kau Sim Farm menawarkan empat jenis pilihan bilik yang boleh memuatkan sehingga lapan orang. Sesuai untuk keluarga atau trip dengan kawan-kawan. Dekat sini pun banyak aktiviti antaranya trampolin besar, meja pool, bilik karaoke dan pelbagai spot OOTD yang cantik. Paling menarik, ada ladang bunga yang memang lawa untuk bergambar.
💰Harga bilik bermula RM 150 (semalam)
4.00 petang – The Peaks



Kalau nak datang sini, korang kena datang waktu sunset. Korang boleh tengok keseluruhan bandar Tawau dari atas. Ada spot OOTD, sambil tu boleh juga lepak cafe yang tersedia bersama keluarga dan kawan-kawan.
⏰ Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 8.00 malam (Setiap hari)
💰Tiket Masuk: RM 10.00
6.00 petang – Victoria Bay

Tempat beriadah sambil layan sunset, kat sini juga korang berkelah dan berkhemah. Siap ada cafe. Memang hot spot pantai ni, jadi datang awal sikit.
⏰ Waktu Operasi: 2.00 petang – 7.00 malam (Isnin – Jumaat) / 9:00 pagi – 7.00 malam (Sabtu & Ahad)
💰Tiket Masuk: RM 5.00 (Dewasa) / RM 3.00 (Kanak-kanak)
8.00 malam – Dinner di Senja Cafe

Makan malam tepi laut kat sini memang best, dapat layan bunyi ombak. Antara sajian yang terhidang, masakan panas, set hidangan dan shellout. Harga pun sangat affordable!
⏰ Waktu Operasi: 4.00 petang – 11.00 malam (Setiap hari)
10.00malam – Rehat
📆 Hari Kedua
10.00 pagi – Breakfast di Dojo Nanyang Kopi House

Sarapan dengan masakan autentik Nanyang yang mempunyai sijil halal, jadi korang tak perlu risau. Antara menu yang wajib cuba ialah flower tart, kari laksa dan bermacam lagi. Tempat pun luas dan selesa.
⏰ Waktu Operasi: 11.00 petang – 9.00 malam (Setiap hari)
11.30 pagi – Sankinah Hot Spring Park



Sini, popular tau dengan kolam air panas semula jadi. Ada chalet, mini water park untuk anak-anak dan playground. Tempatnya sangat tenang sebab dikelilingi hutan.
⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)
💰Tiket Masuk: RM 10.00 (Dewasa & kanak-kanak)
1.00 petang – Makan Tengahari di Pecok Tawau


Sampai sini, memang wajib cuba Pecok Tawau. Konsep dia ala-ala ayam geprek. Ada pilihan ikan, ayam, daging & seafood dengan pelbagai pilihan sambal.
⏰ Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)
2.30 petang – Tawau Tanjung Market (UTC)



Kalau nak cari souvenir atau hasil laut kering, singgah sini! Ada ikan bilis, ikan masin dan pelbagai produk tempatan boleh didapati di sini. Sekali boleh tengok sendiri kehidupan harian orang lokal. Harga ikan bilis pun lebih murah dari di Kota Kinabalu.
⏰ Waktu Operasi: 6.00 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)
4.00 petang – Todak Waterfront


Sementara nak kill time untuk ke airport atau ke next destination, bolehlah jalan kejap tepi pantai sambil tengok bot nelayan dan kapal yang lalu. Yang bawa anak-anak, boleh bawa mereka main playground. Tapi jagan lupa untuk bergambar di bulatan Todak sebagai kenangan dah sampai ke Tawau.
Tawau mungkin tidak sepopular bandar lain di Sabah, tapi sebenarnya sini memang banyak aktiviti. Bagi yang nak waterfall hunting, banyak tau dekat sini. Cuma min tak sempat pergi je hihi.

