Cuti sekolah dah dekat tapi masih fikir aktiviti best tanpa perlu belanja besar? Jangan risau, sebenarnya banyak tempat menarik di Malaysia yang mesra keluarga dan bajet bawah RM20! Sesuai sangat untuk korang yang nak luangkan masa berkualiti bersama anak-anak.
Jom tengok senarai aktiviti cuti sekolah paling berbaloi ni :
Night Safari Zoo Taiping, Perak
Kalau dah biasa pergi zoo siang hari, why not rasa suasana malam pula! Jalan waktu malam ni lebih best sebab suasana redup, tak berlecak ketiak hihi. Dapat tengok haiwan yang aktif pada waktu malam. Lagi best, korang tak perlu jalan jauh sebab ada e-tram yang bawa pusing keliling zoo.
💰Harga:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak: RM10
Forest Skywalk, FRIM Kepong
Kalau korang jenis suka alam semula jadi, cuba singgah Forest Skywalk di FRIM Kepong. Dekat sini, korang boleh berjalan atas canopy pokok sambil tengok kehijauan hutan dari atas, siap nampak view KL sekali. Memang tenang, tapi dalam masa yang sama ada rasa adventure sikit.
⚠️ Kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan naik.
💰Harga:
Dewasa: RM15
Pelajar: RM8
Nabila AgroFarm, Negeri Sembilan
Untuk yang ada anak kecil dan nak aktiviti yang lebih santai dan interaktif, Nabila AgroFarm di Negeri Sembilan memang sesuai. Korang boleh menaiki train pusing satu farm sambil melihat pelbagai jenis haiwan, paling best siap boleh bagi makan dan menaiki kuda tau!
💰Harga:
RM5: 1 pax
Walters Farm, Johor
Kalau korang berada di selatan, Walters Farm di Johor boleh jadi pilihan. Dekat sini, terdapat bermacam aktiviti antaranya train ride mengelilingi farm, water park untuk kanak-kanak, tengok haiwan, beri makan dan untuk orang dewasa boleh cuba ATV.
💰Harga:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak: RM10
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Kalau nak yang zero cost tapi tetap best, Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur memang tak pernah mengecewakan. Kawasan ni luas, ada playground, bamboo playhouse, dan banyak spot cantik untuk OOTD dan beriadah. Masuk pun PERCUMA je, anak-anak boleh berlari, main, dan explore tanpa had.
Hussin Fauzi Farm, Shah Alam
Kalau korang pergi ke Taman Botani Shah Alam, jangan lupa untuk singgah ke sini. Dalam area ni ada haiwan rare tau macam capybara, kangaroo dan unta. Siap boleh bagi makan sekali! Selain itu, korang boleh explore Taman Botani yang ada cafe, ada mini golf dan bermacam lagi.
💰Harga:
Dewasa: RM15
Kanak-kanak: RM7
Paya Indah Discovery Wetlands
Untuk pengalaman rasa macam mini safari, korang boleh cuba ke Paya Indah Discovery Wetlands. Walaupun masuk adalah percuma, tempat ni ada banyak aktiviti tambahan macam naik boat, 4WD, dan bagi makan haiwan seperti buaya atau badak air. Jadi korang boleh adjust ikut bajet sendiri ya.. oh kalau nak santai-santai pun boleh.
Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Pahang
kalau korang nak sesuatu yang lebih bermakna, Kuala Gandah Elephant Sanctuary memang patut masuk dalam itinerary. Ini bukan sekadar tempat tengok gajah, tapi pusat konservasi sebenar. Anak-anak boleh tengok bagaimana gajah dijaga, diberi makan, dan ada pertunjukan edukatif. Yang paling best masuk adalah percuma.
Apa yang penting bukanlah berapa banyak duit yang korang habiskan, tapi pengalaman yang anak-anak dapat. Dengan bajet serendah RM20, korang dah boleh bagi mereka peluang untuk explore alam, kenal haiwan, dan cipta memori yang mungkin mereka ingat sampai besar. Kadang-kadang, dengan aktiviti macam ni lah yang jadi kenangan paling bermakna.