Sun Beach & Spa Resort di Pulau Tioman – Pakej Serendah RM355 Full Board

Kalau korang tengah planing nak bercuti di Pulau Tioman dengan pakej lengkap aktiviti, makanan dan lokasi strategik resort ini memang antara pilihan terbaik. 

Terletak berhampiran jeti di Kampung Genting, pakej hanya serendah RM355* untuk full board, termasuk tiket feri dari Jeti Penumpang Mersing ke Tioman, penginapan, makan 4, serta aktiviti snorkeling.

Ini itinerari 4 hari 3 malam: 

Hari 1:

8.00 pagi: Bertolak menaiki feri dari Jeti Penumpang Mersing, Johor menuju ke Kampung Genting, Tioman (anggaran perjalanan 1 jam 30 minit)

9.30 pagi: Tiba di jeti, terus check-in Sun Beach & Spa Resort, Pulau Tioman

Penginapan: Blue Ocean Suites

Unit Blue Ocean Suites menawarkan pengalaman penginapan yang menghadap laut dengan akses terus ke pantai, sesuai untuk korang yang nak suasana santai tanpa perlu berjalan jauh. Unit ini boleh memuatkan sehingga 6 orang, dilengkapi dengan 1 katil Queen, 2 katil Single serta sofa bed yang selesa. Ruang dalamannya juga luas dengan susun atur lengkap merangkumi ruang tamu, ruang makan dan dapur. Dari segi kemudahan, semuanya cukup praktikal seperti peti ais, induction cooker, penghawa dingin serta WiFi berkelajuan tinggi untuk keselesaan sepanjang penginapan.

Tengah hari – petang: Aktiviti bebas (free & easy)

6.00 petang: Chill tepi pantai, layan bunyi ombak & tengok sunset 

7.00 malam: Makan malam tersedia sepanjang penginapan 

9.00 malam: Supper tersedia air panas, kek dan bubur 

10.00 malam: Rehat

Hari 2:

7.00 pagi: Sarapan Pagi tersedia sepanjang penginapan

8.30 pagi: Trip snorkeling (4 checkpoint menarik) Lokasi snorkeling:

Teluk Genting – Di sini, korang boleh menikmati keindahan terumbu karang sambil berenang bersama ikan-ikan berwarna-warni dalam air yang jernih.

Teluk Bakau – Persisiran pantainya tenang dan airnya sangat jernih, sesuai untuk mandi santai tanpa perlu memakai life jacket. Suasananya pun seakan-akan berada di Maldives.

Pasir Panjang – Lokasi ini jadi spot rehat untuk makan tengah hari sambil ambil gambar OOTD. Paling menarik, ada peluang untuk melihat baby shark dari dekat.

Taman Laut Tioman – Walaupun snorkeling hanya di sekitar kawasan jeti, hidupan laut di sini sangat meriah dengan pelbagai jenis ikan yang mudah ditemui.

7.00 malam: Makan malam & Supper

Hari 3:

8.00 pagi: Sarapan Pagi di Resort

9.00 pagi: Aktiviti hari ketiga di Air Terjun Kampung Asah. Untuk ke lokasi ini, korang hanya perlu hiking sekitar 15 minit melalui laluan yang mesra dan sesuai untuk semua peringkat umur. Di air terjun ada bahagian yang agak dalam, jadi disarankan untuk memakai life jacket terutama bagi yang kurang mahir berenang.

8.00 malan : BBQ dinner sebagai penutup trip & Supper 

Hari 4:

  • 8.00 pagi: Bergerak ke jeti untuk pulang. Perjalanan balik akan menaiki feri semula ke Jeti Penumpang Mersing.

Kemudahan Resort

Selain pakej lengkap, resort ini juga menyediakan:

Jenis Bilik

Ada 8 jenis bilik berbeza, malah ada pilihan yang boleh menempatkan sehingga 10 orang dalam satu masa memang sesuai untuk family besar atau group trip.

Kolam renang

Terdapat 3 kedalaman, 2ft hingga 10ft. Sesuailah untuk korang yang nak berenang bukan di air masin ataupun nak anak-anak. Tempatnya pun selesa bersebelahan cafe, boleh juga healing sambil tengok laut.

Spa

Dah penat seharian buat aktiviti, boleh singgah spa untuk urut badan. Owner kata next akan ada sauna, mandian susu dan bermacam lagi.

Dive centre

Bagi para diver, ataupun korang baru nak ambil lesen diving kat sini pun ada diving centre. Siap dengan package bilik & makan tau. Barang untuk dive pun lengkap tau, tak perlu bawa dari rumah.

Kenapa Pilih Sun Beach & Spa Resort Tioman?

Lokasinya sangat strategik kerana dekat dengan jeti, jadi korang tak perlu risau tentang transport tambahan. Pakej yang ditawarkan pun lengkap termasuk tiket feri, makan dan aktiviti sepanjang stay. Resort ini juga sangat sesuai untuk keluarga besar atau group trip kerana tersedia bilik yang luas dan selesa. Dari segi aktiviti pula, semuanya seimbang antara aktiviti laut, alam semula jadi dan waktu santai untuk chill.

Untuk tempahan:

📲: 013-7057373 | 013-7904918 atau sunbeachresort.com.my



You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *