Destinasi 1 Hari di Pengkalan Hulu, Perak – Pekan Kecil Penuh Ketenangan! 

Kalau korang rasa Pengkalan Hulu ni tak banyak benda, actually korang silap! Walaupun sering dianggap pekan kecil, kawasan ini sebenarnya menyimpan beberapa lokasi menarik untuk korang yang nak escape sekejap dari rutin harian ataupun sebelum memulakan perjalanan ke Betong, Thailand! 

Ini antara 6 destinasi 1 hari di Pengkalan Hulu, Perak:

1. D’Tasek Cafe

Sampai je di sini, korang bolehlah cari makan di D’Tasek Cafe. Terletak bersebelahan tasik, suasana memang sangat chill sambil menikmati nasi lemak, dan kuih muih tradisional.

  • Port makan dengan view tasik
  • Sesuai untuk sarapan pagi sehingga makan malam
  • Waktu operasi: 7.00am – 10.00pm

2. Kroh Hotspring & Riverside

Korang cari tempat penginapan? Boleh ke sini! Bukan sekadar chalet tapi ada kolam air panas semulajadi. Terdapat 29 bilik dengan pelbagai fasilities seperti dewan, surau dan banyak lagi. Sesuailah untuk korang yang nak healing, tempat pun tak crowded! Malam kalau sejuk boleh berendam di kolam air panas. 

  • Kolam air panas semulajadi 
  • 29 bilik chalet dengan pelbagai fasiliti
  • Sesuai untuk healing & rehatkan badan

3. Ayam Bakar Selarong

Masuk waktu tengah hari, ini antara port makan popular dengan menu ala Thai. Antara menu tersedia: ayam bakar, kerabu, nasi campur, pulut nasi, cendol sagu & banyak lagi. Dah tak payah masuk Thailand, sini pun dah cukup rasa! 

  • Waktu operasi: 11.00am – 5.00pm (Tutup Ahad)

4. Tasek Takong

Tasek yang paling tenang, siap boleh layan burung berkicauan dan tengok bunga teratai. Sesuailah kalau korang nak jogging, piknik dengan keluarga. Selain itu, tersedia tempat duduk dan playground untuk kanak-kanak. Tasek ni pun luas! 

5. Masjid Jamek Pengkalan Hulu

Sempatkan diri singgah ke masjid utama kawasan ni. Dengan rekaan gabungan moden & tradisional, sesuai untuk solat & recharge sekejap. Tempatnya pun ditengah-tengah pekan. 

6. Somtam Talam Viral

Popular dengan somtam dalam talam dengan harga yang sangat affordable. Memang sesuailah bagi peminta somtam. Selain somtam, turut menyediakan masakan panas, berkuah dan colek buah. 

  • Waktu operasi: 3.00pm – 12.00am (Tutup Rabu)

6 destinasi 1 hari di Pengkalan Hulu memang simple tapi cukup lengkap ada makan sedap, tempat healing, dan spot santai untuk keluarga. Tak perlu rushing, just follow flow dari pagi sampai malam.

Kalau korang jenis suka trip yang low effort tapi tetap ada vibe, destinasi ni memang ngam.


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *