10 Tempat Menarik di Riyadh, Arab Saudi – Padang Pasir Penuh Kejutan!
Riyadh ialah ibu kota Arab Saudi yang semakin menjadi pilihan pelancong dari seluruh dunia. Bandar ini bukan sahaja moden dengan bangunan pencakar langit yang ikonik, malah kaya dengan sejarah, budaya dan pengalaman padang pasir yang unik.
Jika korang merancang nak kesini, ini 10 tempat menarik di Riyadh, Arab Saudi:
1. Desert Safari Riyadh Camp



Pengalaman ke Riyadh tidak lengkap tanpa mencuba desert safari. Di sini, korang boleh berjalan di atas padang pasir yang luas. Antara aktiviti tersedia jeep ride merentas padang pasir, menaiki ATV, bergambar dengan unta, BBQ pada waktu malam dan melihat stargazing. Suasana malam kat sini sangat cantik ye, korang boleh jadikan ni sebagai a day trip.
2. Edge of the World

Merupakan salah satu lokasi paling terkenal. Tempat ini menawarkan pemandangan jurang tinggi di padang pasir tanpa penghujung. Waktu terbaik untuk berkunjung ialah pada lewat petang untuk tengok sunset. Gayat sikit, tapi korang akan amaze dengan pemandangannya. Sesuailah untuk yang minat fotografi dan kaki OOTD.
3. Kingdom Centre


Antara bangunan pencakar langit paling tinggi di Riyadh. Menara ini terkenal dengan Sky Bridge yang terletak di tingkat 99. Dari atas, korang dapat melihat pemandangan menyeluruh bandar Riyadh termasuk kawasan komersial dan perumahan.
4. Najd Village



Bagi pencinta nasi Arab, Najd Village adalah lokasi yang sesuai untuk menikmati hidangan autentik. Restoran ini berkonsepkan Arab klasik dengan dekorasi tradisional yang memberikan suasana seolah-olah berada di rumah lama masyarakat Najd. Antara menu yang popular di sini adalah nasi Arab dengan daging unta.
5. Aseeb Restaurant


Aseeb Restaurant menawarkan pengalaman makan nasi Arab dalam suasana yang lebih moden dan eksklusif. Menu utama nasi kabsah, murtabak daging unta, pelbagai jenis roti dan manisan. Restoran ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
6. Murabba Palace


Murabba Palace merupakan bangunan bersejarah yang dibina oleh Abdulaziz Ibn Saud sebagai istana rasmi dan pusat pentadbiran pada awal penubuhan negara Arab Saudi. Seni bina istana ini mengekalkan ciri tradisional. Dekat dalam, korang dapat membaca pelbagai maklumat berkaitan sejarah awal negara dan perkembangan pemerintahan ketika itu. Sesuailah untuk korang yang nak tahu latar belakang Arab Saudai lebih mendalam.
7. National Museum of Saudi Arabia



National Museum of Saudi Arabia adalah destinasi penting untuk mengenali sejarah dan peradaban manusia di Semenanjung Arab. Muzium ini mempunyai lapan galeri utama yang disusun mengikut tema sejarah bermula dari zaman prasejarah hingga era moden. Terdapat juga artifak yang dipamerkan memberi gambaran jelas tentang kehidupan masyarakat terdahulu serta perkembangan budaya dan agama di rantau ini.
8. At-Turaif Diriyah

Kawasan At-Turaif di Diriyah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana kepentingannya dalam sejarah Arab Saudi. Seni bina tradisional Najdi yang diperbuat daripada tanah liat memberikan identiti unik kepada kawasan ini. Korang boleh berjalan menyusuri lorong-lorong lama sambil menghayati keindahan struktur bangunan bersejarah yang masih dipelihara dengan baik. Tempat ini sesuai untuk pencinta sejarah dan fotografi.
9. Fatima House


Jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri pengalaman menjadi orang local Arab Saudi! Haa, korang boleh rasai sendiri dengan berkunjung ke Fatimah House. Dekat rumah Fatimah ini korang boleh rasa sendiri suasana rumah warga tempatan sambil pelajari tentang budaya Arab. Oh, boleh cuba pakaian tradisional dan belajar cara buat nasi Arab juga tau! Untuk kesini kena buat tempahan awal ya!
10. Boulevard Riyadh City



kalau korang datang sini, memang banyak benda boleh buat dari shopping, makan di restoran famous, tengok persembahan live sampai main game dan aktiviti interaktif. Waktu malam lagi meriah dengan lampu neon dan dekorasi cantik, memang port best untuk jalan-jalan dan ambil gambar.

