Terbang Bersama AirAsia Ke Labuan Bajo, Ini Apa Yang Perlu Tahu! 

AirAsia Ke Labuan Bajo

Labuan Bajo kini semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi di Indonesia. Terletak di hujung barat Pulau Flores, bandar kecil ini terkenal sebagai pintu masuk utama ke Taman Negara Komodo dan pulau-pulau indah di sekitarnya. Keunikan alam semula jadi, laut biru yang jernih, pantai berpasir merah jambu, dan pengalaman ala pirates menaiki kapal layar menjadikan percutian Labuan Bajo begitu istimewa.

✈️ Penerbangan Asia Terus Ke Labuan Bajo

AirAsia kini menawarkan penerbangan terus ke Labuan Bajo sebanyak 3 kali seminggu, dengan serendah RM 349 je!

AirAsia Ke Labuan Bajo

Mengapa Labuan Bajo Jadi Pilihan Percutian? 🌴

Labuan Bajo pernah digelar sebagai “hidden gem” Indonesia, tetapi kini semakin mendapat perhatian pelancong seluruh dunia. Antara sebab utama ramai memilih pakej Labuan Bajo atau merancang perjalanan sendiri ke sini termasuk:

  • Keindahan pulau-pulau tropika yang masih terjaga.
  • Aktiviti laut seperti snorkeling, diving, dan island hopping.
  • Kehadiran Komodo Dragon di Pulau Komodo.
  • Penginapan mewah dengan pemandangan laut yang menakjubkan.
  • Budaya tempatan dan kraftangan yang menarik sebagai cenderamata.

Dengan gabungan alam semula jadi, aktiviti mencabar, dan suasana romantik, percutian ke Labuan Bajo sesuai untuk semua sama ada backpacker, pasangan honeymoon, mahupun keluarga yang mahukan pengalaman berbeza.

Aktiviti Wajib di Labuan Bajo 🚤🏝️

Bila sudah menjejakkan kaki di Labuan Bajo, ada beberapa aktiviti yang memang tak boleh dilepaskan.

AirAsia Ke Labuan Bajo

Naik Kapal Ala Pirates – Perjalanan ke pulau-pulau sekitar Labuan Bajo biasanya dilakukan dengan menaiki kapal layar. Dari sinilah bermula pengembaraan ke destinasi paling menarik di Flores. Antaranya:

🌟 Hiking di Kelor Island

  • Walaupun hanya mengambil masa sekitar 10-15 minit, trek ke puncak Kelor Island memberikan ganjaran pemandangan laut turquoise yang memukau. Spot terbaik untuk bergambar!

🌟 Padar Island

  • Inilah lokasi paling ikonik di Labuan Bajo. Dari puncak Padar Island, pelancong dapat melihat tiga teluk dengan warna laut berbeza satu pemandangan yang jarang ditemui di tempat lain.

🌟 Pink Beach

  • Pantai pasir merah jambu ini antara tarikan paling unik. Warna merah jambu datang daripada campuran pasir putih dengan serpihan karang merah. Sangat sesuai untuk santai atau bergambar estetik.

🌟 Snorkeling & Diving

  • Air laut Labuan Bajo yang jernih menjadikan aktiviti snorkeling dan diving sangat popular. Coral reef yang masih terjaga dan ikan tropika berwarna-warni menjadikan pengalaman bawah laut di sini antara yang terbaik di Asia Tenggara.

Pilihan Hotel & Penginapan di Labuan Bajo 🏨✨

Selain aktiviti pulau, penginapan turut menjadi highlight. Antara pilihan hotel terkenal ialah:

🏨 AYANA Komodo Waecicu Beach

  • Terletak hanya 15 minit dari lapangan terbang, hotel bertaraf 5 bintang ini menawarkan pengalaman mewah. Korang boleh menikmati private snorkeling spot dan juga menyewa kapal layar eksklusif untuk island hopping.

🏨 Plataran Hotel

  • Sekitar 45 minit dari bandar, hotel ini lebih intimate dan romantik. Dengan konsep lebih tenang dan jauh dari kesibukan, ia sesuai untuk pasangan yang mencari suasana honeymoon idaman.

Shopping & Lepak di Waterfront 🛍️☕

Selain pulau, jangan lupa luangkan masa di bandar Labuan Bajo. Dua lokasi popular ialah:

🛍️ Kado Bajo Souvenir Shop – tempat terbaik untuk membeli cenderamata seperti kain tenun Flores, ukiran kayu, atau aksesori tempatan.

🛍️ Labuan Bajo Waterfront – kawasan tepi laut dengan kafe moden, pusat membeli-belah kecil, dan travel agency. Di sini juga terkenal dengan suasana sunset yang indah sambil menikmati kopi atau mocktail segar.

Tips Percutian Labuan Bajo ✨

  1. Tempah penerbangan awal – tiket AirAsia cepat habis kerana penerbangan hanya 3 kali seminggu.
  2. Nak view cantik dari dalam flight? Beli seat (A) ketika pergi & (F) ketika balik
  3. Bawa pakaian ringan – cuaca di Labuan Bajo agak panas, jadi pakaian kasual lebih sesuai.
  4. Sediakan wang tunai – walaupun ada kad kredit, beberapa tempat kecil lebih suka bayaran tunai
  5. Pilih pakej Labuan Bajo – jika ingin mudah, banyak agen tempatan menawarkan pakej lengkap termasuk kapal, penginapan dan makanan.

Jika sedang mencari destinasi unik yang menggabungkan alam semula jadi, aktiviti menyeronokkan, dan suasana romantik, Labuan Bajo adalah jawapannya. Jadi, sudah tiba masanya untuk mula merancang kerana pengembaraan epik menanti di Labuan Bajo bersama AirAsia!

📱Untuk tempahan boleh terus ke AirAsia atau muat turun aplikasi: AirAsia Move

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *