Senarai Tempat Menarik & Makan di Shah Alam, Selangor!

Kalau korang tengah cari tempat menarik di Shah Alam untuk aktiviti hujung minggu atau hari biasa. Ini memang waktu yang cun. Shah Alam bukan sekadar bandar pentadbiran je tau, tapi penuh dengan spot santai, aktiviti best dan port makan yang buat korang tak cukup sehari nak explore.

Jom kita tengok senarai tempat menarik & makan di Shah Alam: 

Taman Botani Negara

Kalau nak yang akitviti outdoor di Shah Alam tapi nak tempat yang tenang je, tak nak tengok sesak. Datanglah sini, kawasan dia luas dan banyak aktiviti boleh buat. 

Apa yang best kat sini?

  • Explore taman botani dengan menaiki trem (tak penat, tapi still dapat enjoy view)
  • Lawat Kampung Idaman yang menampilkan seni bina rumah tradisional setiap negeri
  • Singgah Hussin Fauzi Farm dan bagi haiwan makan (kids mesti suka!)
  • Tersedia juga cafe dengan ada mini golf

Muzium Sultan Alam Shah

Kalau korang jenis suka sejarah dan budaya, muzium ni memang tempat yang sesuai. Di sini ada: 

  • Pameran seni, Warisan dan budaya Shah Alam
  • Informasi menarik tentang sejarah Selangor.

Sangat sesuai untuk lawatan sekolah dan juga aktiviti seisi keluarga. Datang sini bukan sekadar jalan-jalan, tapi dapat tambah ilmu sekali.

Antan Batura Watersport

Shah Alam memang popular dengan tasik, tapi orang ingat boleh jogging je. Korang dah silap tu, dekat sini boleh cuba akitviti air juga. 

Antaranya: berkayak, paddle boat, canoe dan cruise. Datang waktu petang, untuk tengok view yang mesmerizing! Tambah-tambah dengan bangunan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah. Memang on top Shah Alam! 

Snowalk i-City

Nak rasa winter tanpa naik flight? Snowalk i-City jawabnya. Aktiviti yang boleh buat:

  • Main salji
  • Gelongsor ais
  • Bergambar dalam suasana sejuk ala luar negara

Tak payah risau, jacket, boots dan loker semua disediakan. Sesuai sangat bawa keluarga dan kawan-kawan. Memang lain macam vibe dia!

Race Karting Shah Alam

Kalau korang jenis suka aktiviti extreme dan mencabar, boleh cuba race karting kat Shah Alam. Ada 4 jenis pilihan pakej antaranya: 

  • Beginner Speed
  • Advanced Speed
  • Twin Beginner Kart
  • Twin Advanced 

Datang dengan kawan-kawan memang best, dapatlah racing secara halal! Hihi 

Wet World

Taman tema air yang terletak di tengah bandar Shah Alam ni memang jadi pilihan ramai! Korang boleh main slide sambil tengok view tasik, plus ada gazebo dan cafe yang mesra poket (B40 friendly) 

Tempat Makan di Shah Alam

Lepas penat berjalan, mestilah kena isi perut dulu kan? Ini antara port makan best yang korang boleh cuba.

Roti Kitab @ Tasik Seksyen 7

Port breakfast dengan view tasik memang win. Menyajikan pelbagai jenis nasi dan kuih muih dan paling popular ‘Roti Kitab’.

Restoran Salai Power

Antara tempat makan tengahari popular di Shah Alam. Menyediakan pelbagai menu makanan berasakan salai masak lemak dan bermacam jenis lauk sampingan. Kedai ni selesa, besar dan parking yang luas. Bertemakan ala-ala klasik memang rasa macam dekat kampung halaman.  

PNC Kitchen

Untuk peminat western food, PNC Kitchen ada banyak pilihan menarik. Antaranya: Pizza wagyu, spegahti, chicken chop, desset dan bermacam lagi. Suasana kedai pun cozy! 

Rumah Makan Selebriti

Kalau rindu makanan tradisional Melayu, sini memang syurga. Antara menu authentic: Nasi lemak, Lonton, Lodeh, Cucur udang dan banyak lagi. Portion pun banyak, memamg worth it! 

Warong Citarasa Abah

Penggemar shell out wajib datang sini! Shell out dia memang padu dan puas hati. Selain itu, menu rare tersedia belangkas. Susahlah tau nak jumpa dekat Shah Alam tapi kedai ni ada. 

Tanah Aina Cafe

Nak vibes macam dalam hutan tapi sebenarnya tengah bandar? Inilah tempatnya.

  • Hidangan dari sarapan pagi sampai minum petang
  • Suasana tenang dan hijau.

Datang sini memang rasa macam short escape tanpa keluar jauh dari Shah Alam.

Kalau korang tertanya-tanya apa yang best di Shah Alam, jawapannya: banyak gila.

Daripada aktiviti, taman tema air, sampai port makan best… semua ada. Tak kisahlah korang datang dengan family, kawan-kawan atau partner, Shah Alam memang destinasi yang underrated tapi penuh kejutan.

So, dah tahu nak pergi mana kan bila ke Shah Alam kan? 😉

@kakitravel.net

8 Destinasi 1 Hari Di Shah Alam✨ 1. Roti Kitab Tasik Seksyen 7 2. Taman Botani Negara Shah Alam 3. Restoran Salai Power 4. Muzium Shah Alam -Harga Masuk Dewasa RM 5 & Kanak – Kanak RM 2 5. Antan Batura Watersports Dewasa RM 10 Kanak Kanak RM 6 6. P&C Kitchen 7. Snowalk @ icity 8. Race Karting @ icity #shahalam #visitmalaysia2026 #discovershahalam #kakitravel @tourismshahalam @sacitycouncil

♬ original sound – Kaki Travel – Kaki Travel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *