Aktiviti Keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan
Port Dickson, Negeri Sembilan merupakan antara destinasi pilihan utama untuk percutian keluarga di Malaysia. Selain pantai, Port Dickson menawarkan pelbagai aktiviti keluarga yang mesra kanak-kanak, tempat makan menarik serta penginapa yang sesuai untuk keluarga besar.
Jika korang sedang merancang trip keluarga ke Port Dickson, ini antara tempatnya:
Uncle Wong Happy Farm



Antara tempat wajib singgah bila bercuti bersama keluarga di Port Dickson ialah Uncle Wong Happy Farm. Lokasi ini sangat mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Aktiviti menarik di Uncle Wong Happy Farm:
- Main UTV & ATV dalam hutan – beginner friendly, selamat untuk first timer
- Naik paddle bot pusing tasik – aktiviti santai yang disukai kanak-kanak
- Go kart – sesuai untuk kanak-manak dan orang dewasa
Waktu operasi: 9.00 pagi – 7.00 petang (setiap hari)
Pusat Ikan Hiasan



Terdapat pelbagai jenis ikan yang unik, sangat sesuai untuk anak-anak belajar dan explore.
Waktu operasi: 9.00 pagi – 4.30 petang (setiap hari)
PD Ostrich & Pet Show Farm




Ladang ni bukan je ada burung unta tapi ada pelbagai haiwan lain seperti arnab, angsa, kambing, burung, kuda dan banyak lagi. Antara tarikan lain, korang boleh tengok ostrich race, mini zoo, melawat taman herba, dan kawasan replika dinasour pun ada.
Waktu operasi: 9.30 pagi – 6.00 petang (Setiap hari)
Pantai Teluk Kemang

Dah sampai PD, wajiblah kita cuba aktiviti air yang tersedia antaranya banana boat. Kebiasaannya, satu sesi banana boat berlangsung sekitar 10 hingga 15 minit bergantung kepada pakej yang korang pilih.
Tempat Makan di Port Dickson
Cuti keluarga tak lengkap tanpa food hunting. Ini cadangan tempat makan di Port Dickson dari pagi sampai malam.
Kafe Kampung Kaw (Sarapan Pagi)



Kalau cari sarapan pagi di Port Dickson, Kafe Kampung Kaw antara pilihan terbaik terdapat pelbagai jenis aneka makanan dan menu wajib cuba: Nasi lemak & roti gemok
Waktu operasi: 7.00 pagi – 2.30 petang (Tutup Isnin)
Warung Salai (Makan Tengahari)


Sampai Negeri Sembilan memang tak sah kalau tak cuba daging salai. Hidangan tradisional Negeri Sembilan, rasa autentik & memuaskan
Waktu operasi: 11.00 pagi – 6.30 petang (setiap hari)
Kopi Kueh by The Beach (Minum Petang)



Nak minum petang sambil layan view laut? Kopi Kueh by The Beach memang kena dengan vibe. Kafe aesthetic, Minum petang sambil tengok sunset. Sesuai untuk keluarga & pasangan
Dusun Pak Din (Makan Malam)



Nak makan dalam dusun? Boleh singgah ke Dusun Pak Din. Menyajikan makanan western dengan portion yang besar dan berbaloi untuk bawa family.
Waktu operasi: 6.00 petang – 11.00 malam (Tutup Selasa)
Penginapan Keluarga di Port Dickson
The Farmhouse PD – Penginapan Ideal Untuk Family Day
Kalau bercuti ramai-ramai, The Farmhouse PD memang antara penginapan keluarga di Port Dickson yang paling sesuai.



Kelebihan The Farmhouse PD terdapat 5 bilik tidur, dan muat sehingga 10 orang. Selain itu mempunyai private swimming pool dan ruang BBQ dengan fasiliti lengkap. Turut tersedia board game untuk aktiviti keluarga juga ruang yang luas & parkir mudah. Sangat sesuai untuk family day, reunion keluarga atau staycation.
Port Dickson memang destinasi ideal untuk percutian keluarga di Negeri Sembilan. Dengan gabungan aktiviti outdoor, tempat makan sedap dan penginapan mesra keluarga, ia sesuai untuk semua peringkat umur dari anak kecil sampai orang dewasa.
Kalau korang tengah rancang trip keluarga, aktiviti ini boleh terus dijadikan rujukan yang lengkap dan memang family-friendly.
Video Destinasi 1 Hari di Port Dickson
@kakitravel.net Nak Jalan jalan best kat Port Dickson,Negeri Sembilan? Ini antara itinerary simple yang korang boleh buat dalam sehari je 👇 Sarapan Pagi 📍 Kafe Kampung Kaw ⏰ 7.00 pagi – 2.30 petang (tutup Isnin) Aktiviti Outdoor 📍 Uncle Wong Happy Farm ⏰ 9.00 pagi – 7.00 petang Lunch 📍 Warung Salai ⏰ 11.00 pagi – 6.30 petang Aktiviti Menarik 📍 Pusat Ikan Hiasan •Weekday: 9.00 pagi – 4.30 petang •Weekend: 10.00 pagi – 4.30 petang Lepak Santai/Coffee Hunt 📍 Kopi & Kueh by the Beach •Weekday: 3.00 petang – 11.00 malam •Weekend: 11.00 pagi – 11.00 malam (tutup Khamis) Dinner 📍 Dusun Pak Din ⏰ 6.00 petang – 11.00 malam (tutup Selasa) #portdickson #negerisembilan #kakitravel ♬ original sound – sped up songs 💋🤍

