4 Tempat Menarik di Songkhla – Healing & Cafe Hunting! 

Songkhla ialah bandar kecil di selatan Thailand yang tidak begitu sesak, cantik dan penuh karakter. Dipenuhi dengan bangunan klasik, kafe unik serta pemandangan alam yang sangat menenangkan. Kalau korang jenis suka percutian yang ala-ala healing trip atau cafe hunting, Songkhla memang destinasi yang sesuai.

Ini antara 4 Tempat Menarik di Songkhla yang wajib masuk dalam itinerary: 

1. Songkhla Old Town

Songkhla Old Town terkenal dengan bangunan lama berwarna-warni, mural seni dan seni bina klasik yang masih terpelihara. Setiap lorong ada tarikan tersendiri, sesuai untuk berjalan kaki sambil ambil gambar dan menikmati suasana bandar lama. Tempat ni memang best untuk OOTD, street photography dan lepak sambil explore local kafe. 

2. Café Amazon Songkhla

Café Amazon di Songkhla antara yang paling cantik di Thailand dengan konsep rainforest Amazon. Suasana hijau yang menyegarkan dan waterfall di bahagian belakang kafe menjadikan tempat ni sangat tenang untuk chill sendiri atau bersama kawan. Pilihan minuman pun pelbagai, dari kopi hingga non-coffee, sesuai untuk semua peringkat umur. 

3. Samila Beach

Samila Beach ialah pantai terkenal di Songkhla dengan kawasan yang luas dan bersih. Angin laut yang nyaman buatkan suasana di sini sesuai untuk jalan santai atau duduk menikmati pemandangan laut. The main highlight adalah Patung duyung ikonik di pantai ni juga jadi spot wajib bergambar bila datang ke Songkhla.

4. Masjid Songkhla

Masjid Songkhla terkenal dengan seni bina yang cantik dan elegan. Kolam besar di sekeliling masjid menambah suasana tenang serta memberikan refleksi bangunan yang sangat fotogenik. Tempat ni bukan saja cantik untuk bergambar, tapi juga sesuai untuk menikmati suasana yang tenang. 

Kenapa Perlu Masukkan Songkhla Dalam Travel List? – 

  • Bandar kecil yang tenang & tak sesak
  • Banyak spot estetik untuk bergambar
  • Sesuai untuk healing & short getaway
  • Gabungan budaya, alam & kafe

Sekali sekala lah, lari dari kesesakan bandar Thailand ataupun mainstream sport! Datang ke Songkhla, pasti korang jatuh cinta.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *