1 Hari di Melaka – Ini 7 Tempat Menarik Berbaloi Korang Singgah!

Melaka terkenal sebagai kota bersejarah, tapi korang jangan ingat destinasi ini hanya untuk yang minat sejarah sahaja sebab banyak aktiviti yang korang boleh buat, tambah pula Melaka memang syurga makanan. 

Berikut adalah 7 Tempat Menarik di Melaka: 

1. Roti Canai Kayu Arang 

Sarapan pagi ala klasik dengan cuba roti canai yang dimasak menggunakan kayu arang. Bau dia memang semerbak harum, lainlah dari masak atas dapur gas. Menu yang wajib korang cuba roti doll. Nak tahu macam mana? Kenalah datang. Haa.. bukan itu je, ada juga aneka kuih-muih. Memang spot terbaik untuk sarapan seisi keluarga.

⏰ Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (Tutup Rabu)

2. Muzium Hang Tuah 

Di sini, korang boleh menyelami dunia Hang Tuah…lagenda Melayu yang terkenal di Melaka. Ada replika menarik, artifak unik, dan informasi. Tak cukup dengan itu, korang juga boleh layan video interaktif dan jelajah rumah kayu klasik yang pasti mengamit memori. Tempat ni memang sesuai untuk korang yang nak kenal budaya tempatan. Plus! Muzium ni penuh dengan kejutan tau!

🎟️ Harga: RM 10

⏰ Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.30 tengahari (Setiap hari) 

3. Asam Pedas Kak Su

Dah sampai Melaka, memang wajib rasa asam pedas! Paling famous kat sini telur ikan mayong. Selain itu, ada juga lauk pauk lain yang pasti buat makan tengahari korang lebih berselera.

⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang (Tutup Jumaat) 

4. Mamee Jonker Walk

Untuk pengetahuan korang, mi segera jenama Mamee adalah produk yang berasal dari Melaka dan kini dah popular di serata dunia! Jadi tidak hairanlah kalau tengok ada banyak papan tanda kedai-kedai di Melaka ni yang memaparkan gambar Mamee Monster! Oh ya, jangan lupa singgah Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Walk. Dekat sini korang boleh cuba sendiri aktiviti D.I.Y warnakan cup Mamee dan pilih sendiri perisa mi segera yang korang gemar! Korang juga boleh shopping pelbagai produk dari Mamee. Memang boleh buat stok kunyah-kunyah! 

⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 tengahari (Setiap hari) 

5. Kuih Bakau Kak Buruk 

Untuk pencuci mulut, singgah di Kuih Bakau Kak Buruk. 

Kuih tradisional ni dah berusia 40 tahun dan diusahakan turun temurun. Dimasak menggunakan sabut kepala, juga tersedia pelbagai perasa antaranya pandan, kacang, cempedak, daging, ayam dan durian. 

⏰ Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 malam (Tutup Khamis) 

6. Pantai Klebang 

Bagi yang suka pantai, ini memang tempat wajib datang bila ke Melaka. Ada pelbagai aktiviti menarik seperti naik ATV, berkuda, dan bermacam lagi. Nak lepak santai sambil layan sunset je pun boleh. Kalau lapar, jangan risau… banyak gerai makanan dan food truck tersedia. Dari petang sampai ke malam, memang meriah! 

7. Atlantic Nyonya Restaurant 

Dah sampai Melaka.. rugilah kalau tak rasa Masakan Nyonya kan! Haa, korang boleh cuba singgah makan di Antlantic Nyonya Restaurant untuk rasai sendiri gabungan masakan tradisional dan moden. Antara menu yang korang boleh cuba ayam ponteh dan udang lemak nenas. Restoran ini betul-betul konsep macam rumah Baba Nyonya, staff pun siap pakai baju ala-ala Baba Nyonya tau! Yang penting, restoran ini ada sijil Halal! Sesuai untuk korang bawa seisi keluarga datang makan malam. 

⏰ Waktu Operasi: 11.30 pagi – 9.00 malam (Setiap hari) 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *