Tempat Menarik di Johor Sempena Jejak Homestay #YokDolan-Dolan
Johor bukan sekadar pintu masuk ke selatan Malaysia negeri ini sebenarnya penuh dengan hidden gems yang sesuai untuk trip santai, healing, dan pengalaman unik. Melalui inisiatif Jejak Homestay Yok Dolan-Dolan, korang boleh explore pelbagai tempat menarik sambil merasai sendiri suasana homestay yang lebih dekat dengan budaya tempatan.
Kalau tengah plan short getaway atau content travel yang lain daripada biasa, ini antara tempat menarik di Johor yang wajib masuk dalam itinerary:
1. The Liberica (Kilang Kopi)



Kalau korang jenis coffee lover, tempat ni memang tak boleh skip. The Liberica terkenal dengan kopi Liberica tempatan yang rare dan beraroma unik. Selain minum kopi fresh, korang juga boleh belajar tentang proses penghasilan kopi dari ladang ke cawan.
- Coffee tasting experience
- Pemandangan ladang yang tenang
- Spot aesthetic untuk OOTD
2. Aw Pottery

Nak buat aktiviti santai tapi meaningful? Aw Pottery menawarkan pengalaman membuat tembikar secara hands-on. Sesuai untuk korang yang nak try something new dan lebih dekat dengan seni tradisional. Selain itu, korang boleh masuk terowong yang berusia 70 tahun untuk melihat seramik semula jadi.
- DIY pottery workshop
- Handmade ceramic unik
- Aktiviti sesuai untuk semua umur
3. UK Farm



UK Farm ialah antara ladang agro terbesar di Johor. Di sini, korang boleh tengok sendiri kehidupan haiwan di ladang, bagi makan haiwan, dan cuba produk tenusu fresh.
- Feeding animals experience
- Fresh goat milk & dairy products
- Suasana ladang yang luas dan tenang
4. Taman Eko Rimba Gunung Berlumut


Untuk korang yang craving nature escape, tempat ni memang perfect. Air terjun, hutan hijau, dan suasana yang tenang buatkan ia lokasi ideal untuk recharge. Kalau nak pergi hiking pun boleh, siap ada rangers yang akan teman korang.
- Trekking
- Air terjun semula jadi
- Sesuai untuk nature lover
5. Kluang TV Station



Tempat ni agak unik sebab ia bekas stesen TV lama. Kat sini, korang boleh tengok secara live pembuatan kopi. Pada masa sama boleh mencuba produk yang tersedia dan beli kopi sebagai buah tangan untuk orang tercinta.
- Lokasi rare & aesthetic
- Chill sambil menikmati kopi yang authentic
6. Kahang Eco Resort Adventure Park



Kalau korang suka aktiviti outdoor, Kahang Eco Resort ada pelbagai pilihan from ATV ride, memancing, tubing di bendang & banyak lagi. Tempat ni gabungkan adventure dan nature dalam satu lokasi. Siap ada homestay untuk korang menginap.
- ATV & aktiviti lasak
- Pemandangan sawah padi
- Sesuai untuk group trip
7. Kellypojawani



Nak stay di rumah kayu? Sinilah tempatnya! Dengan vibes klasik dengan mengekalkan perabot zaman dulu-dulu, memang mengimbau zaman kecil kita. Sesuai untuk yang nak cari suasana tenang buatkan ia perfect untuk chill trip.
8. RR Homestay



Trip tak lengkap tanpa tempat stay yang selesa. RR Homestay menawarkan pengalaman penginapan yang simple, selesa, dan dekat dengan lokasi menarik sekitar Johor. Selain itu, ada theme park untuk kanak-kanak.
- Suasana homey
- Sesuai untuk family/group
- Akses mudah ke lokasi tarikan
Kenapa Korang Kena Cuba Jejak Homestay #YokDolan-Dolan?
Program seperti Jejak Homestay Yok Dolan-Dolan bukan sekadar travel. Ia beri peluang untuk:
- Sokong komuniti lokal
- Rasai pengalaman autentik
- Explore tempat yang belum ramai tahu
Johor sebenarnya penuh dengan destinasi menarik yang belum diterokai sepenuhnya. Dari kopi rare di The Liberica hingga ke alam semula jadi di Taman Eko Rimba Gunung Berlumut, setiap lokasi ada cerita dan pengalaman tersendiri.
Kalau korang tengah cari idea trip yang santai tapi meaningful, tempat menarik di Johor Jejak Homestay #YokDolan-Dolan boleh jadi pilihan terbaik untuk next getaway.

