Macau, Kini Mesra Muslim Dengan Pelbagai Tempat Makan Halal! 

Dari hotel ke restoran halal dan lokasi ibadah Macau kini makin mudah untuk pelancong Muslim.

Macau mungkin terkenal dengan seni bina kolonial, pemandangan pantai yang indah dengan campuran budaya unik tapi ramai yang tak tahu, Macau juga menawarkan pengalaman mesra Muslim. Antaranya: 

Tempat Penginapan: Studio City Hotel

Terletak di kawasan strategik Cotai, Studio City Hotel menawarkan penginapan moden dengan sentuhan ala-ala cerita hollywood. Bilik pun luas, staff yang friendly tapi yang paling best bagi pelancong muslim mereka akan menyediakan sejadah, Al-Quran, dan arah kiblat. Memang thumb ups dengan pengurusan hotel ni. 

Selain itu, Studio City Hotel dekat dengan banyak tempat menarik dan mudah diakses. 

Tempat ibadah: Macau Mosque

Di tengah kota, korang akan jumpa satu-satunya masjid di Macau, Macau Mosque. Terletak berhampiran A-Ma Temple dan Memorial Hall, kawasan masjid ini cukup tenang dan ruang parkir tersedia. Ruang solat lelaki dan wanita disediakan, sesuai untuk solat harian atau solat jumaat. 

Pada hari Ahad pula, komuniti muslim di Macau akan jadikan Masjid ini sebagai untuk berkumpul. 

Restoran Halal & Mesra Muslim di Macau

Walaupun komuniti Muslim di Macau kecil, pilihan makanannya tidak mengecewakan. Beberapa restoran di sini menyediakan hidangan halal, atau vegetarian yang mendapat sijil halal. Jadi, korang boleh makan tanpa was-was.

Sum Yuen Vegetarian Restaurant

Walaupun restoran ni menyajikan makanan vegetarian, tapi korang bukan kena makan sayur semata-mata ya.

Pengolahan makanan sampai rasa macam ayam & daging, memang ngam.

Kedai ini pun memiliki sijil halal! 

📍: 5號 Estr. Lou Lim Ieok, Macao

⏰: 10:30am – 3.00pm // 5.00pm – 10.00pm (Dibuka setiap hari)  

Dong Lai Shun Restaurant 

Bagi peminat hidangan Chinese muslim, korang wajib singgah kedai ni! Nak makan kambing, daging, ikan, ayam semua ada. Mempunyai sijil halal, terpapar di depan pintu masuk. Jadi no doubt lah nak makan. 

Kalau tak jumpa dalam waze nama kedai ni, korang boleh search (Loulan Islam Restaurant) 

📍: R. do Teatro, Macao

⏰: 11:30am – 9:00pm (Isnin – Jumaat) // 11:30am – 11.00pm (Sabtu-Ahad) 

Cafe Panorama, Grand Coloane Resort

Sambil menikmati pemandangan laut dan udara nyaman Coloane, di hotel ini menyediakan hidangan Indian Cuisine bagi pelancong muslim. 

Nak menginap dekat hotel ni pun boleh, suasana yang super tenang. 

📍: Macao, 1/F, Grand Coloane Resort 1918 Estrada de Hac Sa, Coloane, Macau

Zam Zam Restaurant, Regency Art Hotel

Restoran popular ini menawarkan pelbagai pilihan makanan halal dari Asia Selatan dan Timur Tengah. Dari briyani hingga ke ayam masak kari, semuanya disediakan mengikut piawaian halal. Sesuai untuk makan malam bersama keluarga atau kawan-kawan. 

📍: 2 Estr. Alm. Marques Esparteiro, Macao

⏰: 6:00pm – 10:30pm (Tutup setiap Isnin! 

Macau bukan hanya cantik, malah makin terbuka kepada keperluan pelancong Muslim. Dari tempat solat, makanan  halal, atau penginapan yang selesa. Semua tersedia! 

Jadi, bolehlah letak Macau sebagai next destination, ini list 8 Tempat Menarik Di Macau atau Tempat di Sekitar Macau dan sekarang nak pergi Macau senang je. 

AirAsia menyediakan penerbangan harian dengan harga tambang serendah RM 400 lebih je tau, murahkan. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web AirAsia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *