7 Tempat Menarik di Sepang, Selangor – Bolehlah, Pergi Weekend Nanti! 

Kalau sebut Sepang, Selangor, ramai terus teringat lapangan terbang tapi sebenarnya, daerah ini penuh dengan tarikan menarik seperti bak patah kata pepatah ‘diam-diam ubi berisi’. Korang mesti tak sangka tempat ni semua dekat sepang je! 

Jom tengok 7 tempat menarik di Sepang: 

1. Petronas Sepang International Circuit

Inilah ikon utama Sepang! Litar bertaraf dunia ini pernah menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 dan MotoGP. Bagi peminat automotif, ini memang bucket list spot. Di sini, korang boleh:

  • Rasai pengalaman berada di litar antarabangsa
  • Sertai track day atau lawatan berpandu
  • Belajar sejarah permotoran dan evolusi kereta dari zaman klasik hingga moden (muzium) 

2. HL Dragon Fruit Eco Farm

Nak pengalaman unik? Terokai ladang buah naga terbesar di Sepang. Apa yang best di sini:

  • Lawatan sekitar ladang dragon fruit
  • Pelajari cara penanaman buah naga
  • Nikmati pelbagai hidangan yang diperbuat daripada buah naga antaranya: kerepek buah naga, nasi lemak dan dari jus segar hingga dessert, semuanya berasaskan buah naga.

3. Golden Palm Tree Resort

Resort ikonik berbentuk palma ini sangat unik, sangat cantik bila dilihat dari ruang udara! Korang mesti pernah nampakan bila dalam kapal terbang. Tarikan utama:

  • Penginapan eksklusif di atas laut
  • Pemandangan sunset yang memukau
  • Suasana tenang dan romantik
  • Sesuai untuk staycation, anniversary atau short escape dari kesibukan kota.

4. Restoran Senandung Malam

Kalau ke Sepang, jangan lepaskan peluang menikmati hidangan laut segar di tepi pantai. Makan sambil dengar bunyi ombak, memang vibe lain sikit! 

5. Persembahan Fire Show

Selain makan malam tepi pantai, korang juga boleh layan angin laut sambil menyaksikan persembahan fire show yang memukau. Ia menjadikan suasana malam di Sepang lebih hidup dan menghiburkanx sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan.

6. Sungai Sepang Besar

Nak pengalaman alam semula jadi? Jelajah Sungai Sepang Besar yang dikenali sebagai “Little Amazon”. Pengalaman ini sesuai untuk yang sukakan eco-tourism dan suasana kampung nelayan. 

Antara aktiviti menarik:

  • Naik bot menyusuri sungai
  • Singgah ke rumah rakit
  • Lawatan ke sangkar ikan untuk melihat ternakan laut

7. Sudagar Nenas Agro Farm

Peminat nenas wajib singgah sini! Di Sudagar Nenas Agro Farm, korang boleh:

  • Belajar proses penanaman nenas
  • Rasai nenas segar terus dari kebun
  • Beli pelbagai produk berasaskan nenas seperti jelly, kek, sos dan banyak lagi

Sepang bukan sekadar tempat transit. Kalau korang sedang mencari tempat menarik di Sepang, Selangor untuk percutian hujung minggu, inilah masanya untuk terokai sendiri keunikan daerah ini.

@kakitravel.net

Itinerari 2 Hari 1 Malam di Sepang! 🌿🏎️🎣🌤️ DAY 1 📍Petronas Sepang Circuit -Masuk muzium dan tengok trek perlumbaan dari dekat 📍HL Dragon Fruit Eco Farm -Makanan dan minuman berasaskan buah naga segar dari ladang sendiri 📍Check-in Avani Sepang (3 petang) -Bilik atas air dengan view yang tenang 📍Sunset view & sesi bergambar -Ambil gambar cantik dari tepi laut 📍Makan malam di Restoran Senandung Malam -Hidangan laut segar dengan suasana santai 📍Persembahan fireshow di Avani DAY 2 📍Sarapan pagi di Avani -Campuran menu Melayu dan Western 📍Sungai Sepang Besar (Little Amazon) -Naik bot, terokai hutan bakau & lawat sangkar ikan 📍Saudagar Nenas Agrofarm -Cuba pelbagai produk nenas segar dari ladang sendiri #PusingSelangor #SinggahSepangDulu #PTxSepang #VisitSepang #VisitSelangor2025 #VisitMalaysia2026 #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia

♬ original sound – Kaki Travel – Kaki Travel

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *