Itinerari 2 Hari 1 Malam di Taiping, Perak – Edisi Jom #NaikKTMKomuterJer

Taiping dikenali sebagai bandar warisan yang penuh dengan sejarah. Suasana damai tasik dengan pokok hujan besar berusia ratusan tahun, serta vibe klasik bandar lama menjadikan Taiping unik berbanding destinasi lain. Paling menarik, perjalanan ke sini boleh di akses dengan menaiki komuter dari Bukit Mertajam ke Taiping, tak sampai sejam pun dah sampai. Mari kami kongsikan Itinerari 2 Hari 1 Malam di Taiping, Perak:

๐Ÿ“† Hari 1 Ke Taiping!

  • 9:21am: Menaiki Komuter (KTM), bertolak dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Taiping, Perak – perjalanan mengambil masa 1 jam.
  • 10.30am: Sampai di Stesen Komuter Taiping – ambil kereta sewa & bergerak ke Kilang Arang Kuala Sepetang. Kilang Arang Kuala Sepetang ini masih menggunakan cara tradisional dalam proses menghasilkan arang kayu bakau.
  • Selain itu, di Kuala Sepetang juga terdapat Port Weld. Batu tanda sejarah kereta api pertama di Tanah Melayu.
  • 12:00pm: Makan tengahari di Mee Udang Salleh – Kuala Sepetang ni terkenal dengan kedai mee udang. Di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan, sama ada mee udang ataupun pelbagai menu udang yang lain seperti udang sambal, goreng.
  • 2:00pm: Check-in di Sentosa Villa Resort – penginapan berkonsepkan villa yang dikelilingi dengan kehijauan bukit dan sungai.
  • 4:00pm: Aktiviti di ATV Advanture Park Larut – antara akitviti extreme yang wajib cuba dengan lalaun off-road menaiki ATV 250cc. Terdapat 3 pakej sama ada korang nak cuba selama 30 minit, 1 jam atau 2 jam.
  • 5:30pm: Jalan petang di Taiping Lake Gardens – salah satu tasik tercantik di Malaysia dengan pokok-pokok hujan besar yang menjadi tarikan utama. Selain itu, terdapat trak untuk berjogging, berbasikal dan taman permainan kanak-kanak.
  • 7:00pm: Makan malam di Pusat Penjaja Taiping – wajib cuba Yong Tau Foo, antara makanan paling famous kat sini!
  • 8:00pm: Aktiviti malam melawat Zoo Taiping Night Safari – perjalanan menaiki tramp mengelilingi Zoo, dapat melihat haiwan yang aktif pada waktu malam.
  • 9:30pm: Rehat / Free & Easy

๐Ÿ“† Hari 2:

  • 7:00am: Aktiviti hari kedua bermula dengan Fly Trike – aktiviti paling rare dekat sini. Korang akan terbang selama 15 minit di ketinggian 2000 hingga 3000 kaki, mengelilingi bandar Taiping. View dari atas terbaik!
  • 8:00am: Sarapan pagi di Lorong Dua – sarapan di kedai klasik dengan dipenuhi barang antik. Antara makanan wajib cuba cucur udang, moi, lempeng sambal ikan bilis, roti titab dan nasi lemak ayam.
  • 9:00am: Singgah bergambar di Clock Tower – dibina pada tahun 1881, dan berfungsi sebagai balai polis pertama di Taiping.
  • Melawat Antong Coffee Factory – kilang kopi tertua di Malaysia sejak 1933. Masih mengekalkan pembuatan kopi secara traditional. Selain itu, terdapat galeri menceritakan sejarah tentang kopi Antong ni, serta kafe dan kedai jualan.
  • 12:00pm: Makan tengahari di Bawal Power – menu ikan bakar dengan pelbagai lauk kampung.
  • 2:00pm: Bergerak ke Stesen Komuter Taiping – pulangkan kereta sewa.

๐Ÿ’ธ Anggaran Kos Trip Taiping:

  • Tiket Komuter (Bukit Mertajam – Taiping): RM 6.70 (sehala)
  • Kereta sewa: RM 130 – RM 150/ 1 hari
  • Penginapan: RM 167/ 1 malam (2 pax)
  • Kilang Arang Kuala Sepetang: RM 3
  • ATV Adventur Park Larut – Off-road track: RM 181 (Single) // RM 231 (Double)
  • Zoo Taiping Night Safari: RM 20 (Dewasa) | RM 10 (Kanak-kanak & warga emas)
  • Flytrike: RM 250 (10-15 minit)
  • Makan: bergantung kepada bajet masing-masing

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Naik komuter ke Taiping bukan saja menjimatkan masa dan kos, tapi korang juga dapat relax sambil menikmati pemandangan sawah padi. Ini antara fasilitis yang terdapat di dalam komuter:

โœ… Tempat duduk untuk warga emas, OKU & wanita mengandung

โœ… Tersedia alat keselamatan kecemasan

โœ… Tempat duduk yang selesa

โœ… Tempat simpanan bagasi Tips Travel Naik Komuter

โœ…ย Nak beli tiket? di kiosk KTMB, atau lebih mudah melalui aplikasi KITS Style

Tips Travel Naik Komuter KTMB

โœ… Check masa ketibaan komuter di https://online.ktmb.com.my/TimeTable/Search

โœ… Datang awal ke stesen – elak terkejar-kejar bila tren sampai.

โœ… Pilih tempat duduk tepi tingkap – pemandangan sawah & bukit memang cantik sepanjang perjalanan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *