Jewel – Tarikan terbaru Changi Airport
Changi Airport, pemenang anugerah ‘Skytrax Best Airport’ 6 tahun berturut-turut nampaknya sedang gigih berusaha untuk mengekalkan takhtanya tahun ini. Walaupun mempunyai banyak fasiliti dan tarikan yang tak ada di airport lain, mereka tetap ambil insiatif untuk menaik taraf airport tersebut.
Changi Airport dijangka melancarkan tarikan terbarunya, Jewel Changi Airport dalam suku pertama tahun ini. Walaupun belum ada tarikh rasmi, ianya dijangka di dalam bulan Mac nanti.
Gambar-gambar artist impression di bawah memberi bayangan bahawa Jewel akan membawa satu lagi keunikan kepada Changi Airport.
Jewel merupakan satu ‘mixed development’ di dalam kawasan Changi Airport. Dekat sini nanti akan ada tempat membeli belah, restoran, hotel, taman permainan serta indoor garden. Dikhabarkan akan ada juga panggung wayang 11 screen beserta Pokemon Store pertama di luar Jepun di sana nanti. Nike juga dikatakan bercadang untuk membuka retail store terbesarnya di Asia Tenggara disini.
Antara yang menarik di sini adalah di Canopy Park, dimana ianya merupakan taman bunga berhawa dingin terbesar di Singapura. Di sini juga akan ada Vortex Waterfall, sebuah air terjun setinggi 42 meter yang akan menjadi air terjun indoor yang tertinggi di dunia
Lokasi Jewel ni adalah bersebelahan Terminal 1 tetapi terdapat laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Terminal 2 & Terminal 3 juga. Pastinya tempat ini akan bantu mengurangkan rasa bosan traveler yang terpaksa transit lama di sana
Nampak gayanya terpaksa la cari flight yang transit di Changi Airport lepas nie..