Cipta video Reels Instagram mengenai Jeju, Hadiah bernilai RM11,000 menanti pemenang!

Annyeong korang ! Mesti ada antara korang yang menyimpan cita-cita untuk berkunjung ke Jeju kan? Yang dah pernah sampai ke Jeju pula, mesti ada rasa nak ‘repeat’ kan ?

Sekarang ni ada peluang untuk korang ke sana! Jeju Tourism Organization Malaysia kini sedang menganjurkan pertandingan video pendek Instagram ataupun IG Reels. Dimana hadiah voucher-voucher Traveloka bernilai lebih RM11,000 menanti korang. Boleh buat beli tiket & penginapan di Jeju nanti!

Pertandingani ni bertemakan Heal & Chill in Jeju : Explore the Best with your Favourite Celebrity!. Jadi korang hanya perlu mencipta satu IG Reels yang berkaitan dengan tema tersebut.

Jeju Olle Trail 18-1 (Chujado Island)
1100 Highland Rest Area

APA NAK KENA BUAT ?

  1. Cipta satu IG Reels 1 minit dan siarkan di laman Instagram korang. (Boleh buat Reels secara bergambar, video ataupun animasi).
  2. Masukkan Hashtag – #HealandChillinJeju & #AnnyeongKawan
  3. Tag @kto_malaysia & @visitjeju.en
  4. Isikan boring di Google link ini — > https://forms.gle/SEgBHYHcAAa7FPZM9

 ADA SYARAT-SYARAT LAIN TAK ?

  • Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada 25hb Mac 2023
  • Sila gunakan kreativiti sendiri dan mengikut format 1 minit yang diberikan. Jangan tiru atau gunakan content orang lain pula, nanti kena reject!
  • Link ke Reels korang tu kena upload ke Google link ni –> https://forms.gle/SEgBHYHcAAa7FPZM9
  • Pastikan IG Korang tu tak private yer, kalau tak macam mana nanti orang nak tengok.
  • Setiap orang hanya boleh hantar 1 penyertaan sahaja. Jangan hantar lebih nanti kena disqualified.
  • Semua content yang dihantar boleh digunakan oleh Jeju Special Self Governing Province, Jeju Tourism Organization & KTO Malaysia untuk tujuan pemasaran.

TAK ADA IDEA APA NAK BUAT ?

Hmm.. Ok baiklah kami kongsikan sedikit maklumat mengenai apa yang menarik dekat pulau Jeju ni. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu serta memberi idea dalam pembuatan Reels korang tu.1.Oreum

1.OREUM

Oreum bermaksud kawah gunung berapi yang kecil dalam dialek Jeju. Terdapat lebih daripada 360 Oreum di kawasan pulau Jeju ini. Oreum tertinggi di Jeju terletak di gunung Hallasan iaitu Sara Oreum. Antara aktiviti yang biasanya dibuat dikawasan Oreum ini adalah paragliding, glamping, hiking dan juga bergambar.

2. SPOT-SPOT INSTAGRAMMABLE DI JEJU

Jeju menawarkan banyak spot-spot OOTD ataupun instagrammable. Antaranya Dodudong Rainbow Coastal Road, Arte Museum, Changkkombawi Rock & Snoopy Garden

3.OLLE TRAIL

Salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan alam di pulau Jeju ini adalah dengan berjalan di Olle Trail. Olle dalam dialek Jeju bermaksud Lorong sempit yang menuju ke rumah seseorang. Ketika ini terdapat 26 laluan Olle trail ini dan setiap satunya menjanjikan pengalaman berbeza buat pengunjung.

4. CAFE HOPPING DI SEKITAR JEJU

Jeju juga terkenal dengan pelbagai kafe-kafe unik dan mempunyai pemandangan yang cantik. Senarai dalam gambar dibawah dapat membantu anda mencari kafe-kafe menarik di sekitar Jeju.

5. UNESCO TOUR

Di pulau Jeju ini terdapat 6 tempat yang telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak UNESCO. Tempat-tempat ini adalah Manjanggul Cave, Seongsan Ilchulbong, Jeju Haenyeo Museum yang terletak di kawasan timur pulau ini manakala Gunung Hallasan, Jusangjeolli Cliff dan Cheonjiyeon Falls terletak di kawasan selatan Jeju.

Dah tahu apa nak buat kan ? Jadi boleh terus mula untuk hasikan video Reels korang tu! Semoga ada rezeki korang untuk sampai ke Jeju & Korea nanti.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *