6 Aktiviti Best Yang Patut Masuk Bucket List! Di Da Nang, Vietnam
Da Nang ni mungkin bukan destinasi pertama yang terlintas bila fikir pasal Vietnam. Ramai anggap dia cuma ‘stopover’ sebelum ke Hoi An atau Hue tapi kalau korang luang masa kat sini, korang akan sedar Da Nang ada vibe tersendiri.
Walaupun tak se-hectic macam Hanoi, tak se-urban Saigon tapi ia memberi satu pengalaman baru kepada pelancong. Korang mesti akan jatuh cinta dari pertama kali melangkah kaki ke Airport Da Nang, Vietnam.
Jom tengok 6 aktiviti best yang buat Da Nang layak masuk bucket list.
1. Ba Na Hills


First of all, perjalanan ke Ba Na Hills tu sendiri dah satu pengalaman.
Nak naik ke atas, korang kena naik cable car yang pernah pegang rekod dunia sepanjang 5.8km, terapung atas hutan tropika. Nak naik ke atas pun ambil masa 15-20 minit, jadi bagi yang gayat u gais kena get ready…



Sampai je atas? Selamat datang ke dunia magik:
Golden Bridge – Kalau pernah nampak jambatan yang “dipegang” tangan batu gergasi tu, ha… inilah tempatnya tapi ia bukan sekadar spot bergambar jambatan ni simbol moden Vietnam yang bangkit dari sejarah silamnya.


Le Jardin D’Amour – Taman ala-Perancis dengan 9 tema berbeza. Setiap sudut ada cerita. Memang sesuai untuk OOTD, kalau bawa geng mak-mak mesti dorang lurve dengan tempat ni.



Fantasy Park – Theme park indoor yang inspired by Jules Verne. Kalau bawa budak, dorang memang enjoy gila tapi orang dewasa pun boleh enjoy arcade games, cinema 4D, rumah hantu dan ada pelbagai ride.
French Village – Jalan atas batu cobblestone, dikelilingi bangunan Gothic, dengar buskers main violin, serious rasa macam teleport ke Eropah. Tak pelik kalau lupa sekejap yang korang sebenarnya kat Vietnam.



2. Ao Dai Show
Ao Dai ialah pakaian tradisional Vietnam tapi dalam show ni, pakaian tu bukan sekadar pakaian.



Show ni gabungkan muzik live, tarian, cahaya dan storytelling. Setiap babak ceritakan fasa sejarah berbeza dari zaman purba, penjajahan Perancis, zaman perang, sampai ke Vietnam moden.
Bila tengok, korang bukan saja kagum dengan persembahan dia tapi akan rasa amaze dengan setiap jalan penceritaannya, plus orang Vietnam ni cantik & handsome ya. Bonuslah untuk persembahan ni hihi.
3. Hoi An Ancient Town
Hoi An ni kira short trip dari Da Nang, perjalanan lebih kurang 40 minit je. Kalau datang pada waktu malam, ia berubah jadi dunia yang penuh warna warni.



Tanglung di merata tempat ia bukan sekadar hiasan, tapi jadi penyeri bandar ni. Korang juga boleh beli tanglung kertas ni buat decoration dekat rumah, siap boleh custom sekali lampu tau.
Kedai jahit express – Hoi An terkenal dengan tailor yang boleh buat baju, bag, dan kasut custom siap dalam sehari. Pilih kain, ukur, esok siap. Harga pun berbaloi untuk handmade.
Kedai kraftangan – Dari beg tangan kulit handmade, lukisan tempatan, sampai aksesori kayu dan seramik sesuai kalau korang suka beli benda rare & original.
4. Han Market
Setiap bandar ada satu pasar yang jadi tempat ‘nyawa’ kehidupan harian. Di Da Nang, Han Market lah tempat tu.



Pasar dua tingkat ni bukan saja untuk pelancong beli ole-ole. Tapi inilah tempat korangboleh tengok sendiri budaya ‘tawar-menawar’ Vietnam, cara orang Vietnam berniaga, dan komuniti yang hidup secara harmoni.
Apa yang boleh korang beli?
Kopi Vietnam – Arabica & Robusta gred berbeza
Kain baju – sesuai kalau nak jahit baju sendiri
Makanan kering – sotong, udang, buah kering
Rempah & herba tempatan – yang susah nak jumpa kat tempat lain
Cenderahati – keychain, fridge magnet, dan produk kraftangan
Dorang juga terima ‘Ringgit Malaysia (RM)’ dalam transaksi jual beli, jangan risau kalau duit VND Habis hihi.
5. Da Nang Museum
Kalau korang jenis yang suka sejarah, tempat ni memang wajiblah masuk dalam list! Tak fancy, tapi padat. Dengan pameran interaktif dan info yang jelas…



Tamadun Champa – Salah satu tamadun penting di Asia Tenggara. Ada artifak, ukiran, dan cerita pasal spiritual & seni mereka.
Penjajahan & perang – Dari era Perancis sampai Perang Vietnam.
Tradisi & budaya tempatan – Macam mana orang Da Nang hidup, berpakaian, seni muzik & makanan mereka dulu dan sekarang.
6. Legend Danang Golf Club
Kalau korang minat main golf, Ini salah satu padang terbaik di Vietnam. Rekaannya di reka sendiri oleh permain golf terkenal dunia, dengan rumput hijau cantik, angin sepoi dan suasana yang tenang. International standard betul.



Kalau tak main pun takpe ramai datang sini just untuk chill kat clubhouse, minum kopi sambil tengok view. Boleh juga cuba basic swing kat driving range.
Sesuai untuk hari santai lepas jalan banyak. Cuba benda baru. Slow down sikit.
Ramai terlepas pandang Da Nang sebab fokus kat tempat sekeliling tapi sebenarnya, kalau korang duduk 3–4 hari pun tak cukup nak explore semua.
Kalau korang cari tempat untuk “connect dengan tempat, tapi tetap chill” boleh cuba beberapa aktiviti menarik di sekitar Vietnam
Kalau Da Nang Vietnam memang dalam list percutian korang, ni masa terbaik! AirAsia ada penerbangan ke sana setiap hari, jadi senang nak rancang trip ikut masa sendiri.

