Sheraton Grand Danang Resort, Tempat Penginapan Yang Buat Korang Tak Nak Balik!
Kalau korang tengah plan percutian ke Da Nang, Vietnam dan tak tahu nak pilih hotel mana, pause jap. Masukkan Sheraton Grand Danang Resort dalam list korang! Percayalah, tempat ni bukan sekadar tempat penginapan. Sekali je korang jejakan kaki, confirm rasa macam tak nak balik. Lagi best kalau bawa family, partner, atau geng travel…
Let’s check out, apa yang menarik di Sheraton Grand Danang Resort!
Bilik Yang Selesa
Bilik kat Sheraton Grand Danang bukan sekadar besar, tapi super selesa. Korang boleh pilih nak sea view, pool view, atau bilik dengan akses terus ke kolam. Yang bestnya, walaupun ambil bilik paling basic, ruang dia tetap luas dan ekslusif. Katil dia serious empuk, single pun boleh muat dua orang.



Dalam bilik lengkap dengan bathtub (untuk korang yang suka berendam), TV skrin besar, peti ais, kettle, toiletries, air mineral, teh & kopi.
Paling best, coverage Wi-Fi bukan setakat dalam bilik je satu resort pun dapat. So, kalau jenis lepak hotel je tak payah susah-susah on data atau roaming.
Infinity Pool 250 Meter
Infinity pool kat sini panjang dia 250 meter, menghadap terus ke pantai. Bayangkan… waktu pagi korang turun kolam, layan sunrise, sambil duduk atas buaian kayu, rasa angin laut sejuk sepoi-sepoi bahasa. Kalau tengah burnout, moment ni boleh jadi ubat paling mujarab.



Pool dia memang insta-worthy habis. Dari mana-mana sudut pun, gambar tetap nampak cantik. Sama ada korang nak berenang, rendam kaki, atau sekadar duduk lepak tepi sambil minum air kelapa… semua boleh.
Pantai Depan Mata
Keluar bilik atau kolam, jalan sikit je… terus sampai pantai. Pantai dia bersih, pasir halus, yang paling best air pantai dia sejuk ye walaupun matahari tengah tegak atas kepala.


Kat pantai ni ada gazebo kalau korang nak duduk teduh sambil layan pemandangan, court bola sepak pantai & bola tampar, dan ruang untuk kanak-kanak main pasir siap tersedia permainan. Yang penting, ada lifeguard. So, kalau nak mandi laut, rasa lebih selamat especially bila bawa anak-anak.
Outdoor Aktiviti
Satu benda rare kat Sheraton Danang ni, aktiviti free pun best! Contohnya, korang boleh try main cornhole atau archery (memanah). Setiap permainan ni boleh dapat point tau, kalau menang? Dapat voucher makan free kat restoran hotel! Mana nak dapat hotel bagi reward macam ni, kan.



Selain tu, ada juga aktiviti outdoor berbayar tapi harga dia murah gila. Seperti: kayak, memancing, stand up paddle (SUP), surfing dan banyak lagi harga bermula dari 50,000 VND je (dalam RM8 lebih kurang). Aktiviti dia bukan setakat banyak, tapi juga sesuai untuk semua peringkat umur.
Mini Waterpark
Kalau korang datang dengan anak-anak, confirm tak payah risau pasal nak cari hiburan untuk diorang. Sheraton Danang ada mini waterpark khas untuk kanak-kanak lengkap dengan gelongsor air, kolam kanak-kanak, dan air pancut.



Design dia memang fun dan colourful, so budak-budak akan excited gila. Sambil anak enjoy main air, mak ayah boleh duduk rilek-rilek dekat kawasan sekitar sambil minum kopi. Win-win situation.
Indoor Aktiviti
Kadang-kadang cuaca tak menentu, tapi resort ni tetap tak bosan. Ada banyak aktiviti indoor yang sesuai untuk semua. Nak cuba benda baru? Boleh join kelas kopi Vietnam. Untuk kanak-kanak, ada ruang bermain lengkap dengan aktiviti seperti origami, PS4, playground indoor dan macam-macam permainan lain.



Bagi korang yang jenis tak boleh tinggal senaman, ada gym dan boleh join kelas yoga.


Spa Untuk Self Reward
Lepas seharian explore resort atau pergi aktiviti luar, korang wajib cuba spa as a self reward. Bila lagi nak manjakan dirikan? Dekat sini korang boleh pilih nak buat urut tradisional, mandi garam, facial, atau nail treatment.



Staff dia sangat professional dan tempat dia memang tenang, lighting lembut, bau aromaterapi yang relaxing. Sesuai sangat untuk self-reward. Keluar dari spa tu terus rasa ringan satu badan.
Percayalah, Sheraton Grand Danang Resort bukan jenis tempat korang check-in semata-mata untuk tidur. Resort ni bagi pengalaman percutian yang super lengkap dari bilik yang selesa, view yang memukau, aktiviti untuk semua peringkat umur, sampai ke layanan staff yang friendly.
Kalau tengah plan trip dengan partner, family atau bestie, korang memang wajib letak Sheraton Grand Danang Resort sebagai tempat penginapan dan ini antara aktiviti yang best, korang patut cuba di Da Nang, Vietnam.
Nak ke Da Nang, Vietnam? Senang sangat! Naik je AirAsia, ada penerbangan terus setiap hari! Sampai je di Airport Da Nang, nak ke Sheraton pun dekat gila cuma 26 minit je perjalanan!

