Itinerari 4 Hari 3 Malam di Yunnan, China!

Kalau korang tengah plan percutian untuk tahun 2026 tapi tak nak travel jauh-jauh dari Malaysia, Yunnan, China memang pilihan tepat! Penerbangan pun tak lama, cuma lebih kurang 3 jam 50 minit je.

Terletak di selatan China, Yunnan terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan dari gunung hingga ke tasik yang cantik, serta kepelbagaian budaya etnik yang unik. Ni itinerary santai untuk 4 hari 3 malam di Yunnan, China

📆 Hari Pertama 

4.00am: Menaiki penerbangan China Eastern Airline dari Kuala Lumpur ke Kunming, China. Walaupun short flight, tapi masih tersedia in flight meal… korang boleh request muslim meal tau!

9.00am: Tiba di Kunming Railway Station untuk menaiki high speed train ke Lijiang. 

10.00am: Bergerak ke Lijiang, perjalanan mengambil masa 4 jam lebih. Korang boleh pilih sama ada untuk duduk di ekonomi, first class ataupun business class. Tersedia tempat letak bag, toilet, charge plug & cafe. 

4.00pm: Check-in di Jelove Garden Hotel, Lijiang. Hotel ni terletak di tengah bandar dan facilities disini sangat menakjubkan. Setiap bilik ada balkoni & taman sendiri. 

8.00pm: Berjalan di sekitar Lijiang Oldtown. Banyak spot OOTD yang cantik, siap boleh sewa pakaian traditional. Selain itu, shopping dekat sini pun murah seperti winter jacket, boots & bermacam lagi. 

10.00pm: Rehat 

📆 Hari Kedua 

8.30am: Mendaki Yuhu Village, sebenarnya nak naik kereta pergi sini pun boleh tapi kalau nak lebih dekat dengan nature, why not cuba kan! Pendakian lebih kurang 2 jam lebih je, jalan tak begitu extreme. Antara tempat yang korang akan singgah: 

  • Melawat kandang kambing: korang boleh bagi makan, bergambar dengan view kaki gunung Jade Dragon di belakangnya. 
  • Minum kopi Yunnan: penat berjalan, korang boleh singgah di kafe yang menyajikan kopi Yunnan dan pastry. Selain tu, korang boleh naik bumbung kafe dan OOTD. Cantik betul!

1.30pm: Horse riding ke Yuhu Village, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit je. 

2.00pm: Melawat rumah traditional suku nashi, dekat sini korang boleh cuba pakaian traditional, belajar kaligrafi suku nashi, cara membuat tauhu dan mengenali kehidupan harian orang tempatan. 

4.30pm: Explore Yuhu Village, dekat sini banyak spot OOTD yang cantik. Terdapat juga tempat untuk membeli cenderahati & beberapa cafe

6.00pm: Makan malam & rehat. 

📆 Hari Ketiga 

9.00am: Tiba di Jade Dragon Snow Mountain, gunung bersalji sepanjang tahun dengan ketinggian 5,596 meter dari paras laut. Untuk kesini, korang make sure dah siap dengan tank oxygen tau… sebab suhu boleh drop ke negative

12.30pm: Tengok persembahan ‘Impression of Lijiang’, ni persembahan paling popular dan wajib korang tonton! Dekat sini, korang boleh tahu pekerjaan suku nashi, tarian, adat dan budaya. Memang fun tau! 

2.30pm: Blue Moon Valley, tempat ni cantik untuk OOTD dan menikmati pemandangan gunung ganang dengan air tasik warna biru turqoise. Nak tengok yak (sejenis haiwan seperti lembu seladang) pun ada… 

6.00pm: Makan malam dan rehat 

📆 Hari Keempat 

10.00am: Check-out Hotel 

10.30am: Menunggang kuda di Lashihai Ansient Tea Horse Route. Perjalanan menunggang kuda ni ambil masa sekitar 20-30 minit je. Once, korang sampai atas bukit mesti akan amaze dengan keindahan tasik, air terjun… memang worth pergi kesini. 

12.30pm: Habiskan masa di Lashihai Wetland Park, ada banyak spot OOTD dan korang boleh tengok pelbagai spesis burung di tasik. 

3.00pm: Terbang ke Kunming, China untuk transit sebelum pulang ke Kuala Lumpur. 

Tips ke Yunnan, China 

1️⃣ MAPS

❌ Google Maps tak reliable! 

✅ Guna Amap (Gaode) atau Baidu Maps

📌 Cari tempat guna nama Mandarin

📌 Screenshot alamat hotel

2️⃣ INTERNET & VPN

✅ Guna eSIM China / SIM Unicom

⚠️ Install VPN sebelum masuk China

(WhatsApp, IG, Google blocked)

Ataupun roaming tapi make sure dah tutup location sebelum terbang ke China! 

3️⃣ TRANSPORT

🚆 Bandar ke bandar: High-speed train 

🚕 Dalam bandar: Didi (Grab versi China)

📌 Passport wajib bawa

4️⃣ PAYMENT

💳 Alipay / WeChat Pay wajib atau TNG 

📌 Link kad debit/kredit sebelum travel

5️⃣ BAHASA

📱 Guna Translate (offline)

❌ Jangan expect English

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *