7 Tempat Di Asia Yang Buatkan Anda Terasa Seperti Di Eropah

Eropah merupakan sebuah benua yang menjadi idaman setiap pengembara. Namun begitu bukan semua berpeluang untuk ke sana memandangkan kos untuk ke sana agak tinggi. Sebenarnya dekat Asia nie ada beberapa tempat yang telah di bina mengikut rekabentuk tempat-tempat di Eropah. Di sini kami kongsikan 7 tempat di Asia yang akan membuat anda terasa seperti anda di Eropah

1. Ba Na Hills, Da Nang, Vietnam

Ba Na Hills adalah kompleks peranginan puncak gunung yang nampak seperti sebuah istana lama. Namun begitu di dalam dinding batu ni ada penginapan moden, restoran kelas dunia dan Fantasy Park yang sangat menarik. Dekat sini korang boleh naik cable car, jalan-jalan dekat French village, melawat Wax Museum dan juga naik Alpine Coaster.

 

2. Berjaya Hills, Pahang, Malaysia

Gambar kredit : elninchow.blogspot.com

Gambar kredit : elinchow.blogspot.com

Bukit Tinggi Bentong, Pahang antara tempat paling popular di Malaysia kerana suasana sejuk dan udara yang nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti di puncak bukit iaitu perkampungan ala-ala Perancis. Tempat nie mengambil inspirasi daripada Colmare di Perancis. Dekat sini jugak korang boleh pergi ke Japanese Village, Animal Park, Horse trails dan Botanical Gardens. Selain tu, ada flying fox terpanjang di Asia Tenggara. Korang yang tak gayat tu boleh la naik.

 

3. Santorini Park, Hua Hin,Thailand

Gambar kredit : DanArif.com

Gambar kredit : DanArif.com

Sesuai dengan namanya iaitu Santorini Park, taman tema ini diinspirasikan daripada rekaan bangunan dari Santorini, Greece. Warna putih dan biru dipadankan pada beberapa bangunan di sini. Sangat sesuai buat mereka yang sukakan OOTD dan juga selfie kerana tempat nie memang sangat “Instagramworthy”

 

4. Petite France, Gyeonggi, South Korea

 

Gambar kredit : DanArif.com

Gambar kredit : DanArif.com

Petite France, kampung budaya Perancis terletak di perkampungan Korea! Petite France berfungsi sebagai kampung kebudayaan Perancis dan kemudahan latihan belia (Pusat Latihan Belia Goseong). Dekat sini, ada 16 buah bangunan bergaya Perancis korang boleh bergaya dengan memakai pakaian tradisional Perancis dan merasai budaya Perancis.

 

5. Venetian Macao, Macau, China

 

 

Gambar kredit : Sands Resort Macau

Gambar kredit : Arup.com

Pemandangan kat sini adalah ala-ala dekat Venice, Itali. Kalau korang bajet kurang, masih belum mampu ke Itali, kat sini pun dah ok. Selain menempatkan resort hotel mewah di sini juga ada pusat beli-belah, restoran dan teater. Tapi yang paling best ialah pelayaran menaiki gondola. Masa kat atas gondola tu, ada pendayung yang menyanyi dengan suara yang sangat merdu.

 

6. Huis Ten Bosch, Nagasaki, Japan

 

Gambar kredit : Reddit.com

Gambar kredit : TiewYeePoon.com

Gambar kredit : TiewYeePoon.com

Taman ini dibina dengan mengambil inspirasi Kawasan di Belanda. Ianya terletak di kota Sasebo, Nagasaki. Dekat sini juga ada kebun bunga yang sangat cantik serta ada kincir angin hampir di seluruh taman. Pada musim luruh pula, diadakan festival bunga. Korang boleh tengok pelbagai jenis bunga cantik-cantik masa tu.

 

7. Hallstatt, Guangdong, China

Gambar kredit : thatsmags.com

Gambar kredit : liongrass.hk

Hallstatt adalah pembangunan perumahan di Luoyang, Boluo County, China. Bandar ni ditiru sama seperti perkampungan asal Hallstatt di Austria. Dekat sini korang boleh tengok replika gereja parish, air pancut dan pelbagai objek lain dari pusat bandar Hallstatt yang asal.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *