Itinerari 2 Hari 1 Malam Bercuti di Bukit Mertajam, Pulau Pinang – Edisi Naik ETS!

Selalu kalau sebut Pulau Pinang.. mesti ramai yang mai bercuti di area dalam pulau khususnya di Georgetown. Haa.. korang tahu tak sebelum naik jambatan Pulau Pinang tu.. ada juga destinasi menarik boleh disinggah! Macam yang baru-baru ini, kitaorang pergi iaitu di Bukit Mertajam. Trip jadi lebih seronok dengan menaiki tren ETS. Ini kami kongsikan Itinerari 2 Hari 1 Malam di Bukit Mertajam:

๐Ÿ“† Hari 1:

  • 8.05am: Naik ETS – Bertolak dari KL Sentral ke Bukit Mertajam – perjalanan sekitar 4 jam

  • 12.30pm: Sampai di Stesen KTM Bukit Mertajam – ambil kereta sewa – gerak ke kedai makan

  • 1pm: Makan tengahari di Restoran Cili Giling – nasi dengan aneka lauk-pauk Melayu seperti udang masak lemak, ayam sambal, gulai ikan nyok nyok dll – Kedai makan selesa dan ada aircond
  • 2.30pm: Check in di Sayang di Kaki Bukit Resort – penginapan berkonsepkan rumah tradisional Melayu – memang rasa macam balik kampung halaman

  • 3pm: Rehat / Solat

  • 6pm: Aktiviti di Juru Auto City – Antara destinasi yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga – antaranya ada Lavenda Fun Park, Bubble Shooting Game, Drift Kart, Raceroom Racing Simulator dan banyak lagi!

  • 8pm: Jalan santai di Mangrove Walk – Laluan bercahaya dengan lampu dalam kawasan paya bakau – boleh pelajari info menarik tentang Paya Bakau

  • 8.30pm: Makan Malam di Unknown Cafe – terletak bersebelahan Mangrove Walk – kafe aesthetic dengan sajian Western
  • 9.30pm: Rehat / Free & Easy

๐Ÿ“† Hari Ke-2:

  • 8am: Sarapan pagi di Warung Family Corner – juadah special: Roti Jala Gergasi & Peknga – ada juga menu lain seperti nasi lemak berlauk, kuetiau dan banyak lagi

๐Ÿ“ Warung Family Corner, 65 Mukim 11, Jalan Kebun Sireh, 14000 Bukit Mertajam, Penang
โฐ 6.30am – 10am (Tutup: Jumaat)
โ˜Ž๏ธ 013-4848534

  • 10am: Penang River Cruise – Menyusuri Sungai Juru sambil pelajari cara hidup nelayan – ada beberapa demo & aktiviti menarik dilakukan sepanjang perjalanan seperti tangkap kerang guna ‘tangkoi’, menjala ikan, tangkap kerang & OOTD di sekitar foto spot

๐Ÿ“Penang River Cruise – kena buat tempahan awal (tiada walk-in)
โฐ Operasi pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja
โ˜Ž๏ธ +6016- 5596458

  • 12pm: Makan tengahari di Restoran Ali Nasi Kandar – antara sajian nasi popular di Pulau Pinang – lauk menarik dicuba Ayam Masak Hitam
  • 12.45pm: Bergerak ke Stesen KTM Bukit Mertajam – pulangkan kereta sewa – bertolak pulang ke KL Sentral menaiki tren ETS (1.15pm)

 ๐Ÿ’ธ Anggaran Kos:

  • Tiket ETS (KL Sentral โ€“ Bukit Mertajam): RM96/pax โ€“ sehala (tiket pergi jam 8.05pagi) โ€“ ETS menggunakan kadar tambang fleksi โ€˜beli awal lagi murah, lagi jimatโ€™.
  • Kereta sewa: RM130-150/1 hari
  • Penginapan: RM120/1 malam (2pax)
  • Juru Auto City:
    – Lavenda Fun Park: RM38/1 pax (Beroperasi sehingga 30 Sept 2025)
    – Raceroom Racing Simulator: RM20/single session
    – Bubble Shooting Game: RM10/1 game
    – Drift Kart: RM50/ 20min
  • Mangrove Walk – Masuk percuma
  • Penang River Cruise: RM48/ dewasa | RM38/kanak-kanak & warga emas
  • Makan: bergantung pada bajet masing-masing

 ๐Ÿšƒ Electric Train Service (ETS)

Sekarang ini korang tak perlu penat-penat driving jauh-jauh kalau nak pergi bercuti.. naik je ETS guys! Suasana dalam tren ETS sangat selesa. Bolehlah korang berehat, makan, atau buat kerja sepanjang perjalanan. Ini antara fasiliti yang ada dalam tren ETS:

โœ… Tempat simpanan bagasi
โœ… Tandas bersih dan mudah diakses
โœ… Surau disediakan untuk kemudahan solat
โœ… Kafe untuk membeli makanan dan minuman โ€“ banyak jenis pilihan makanan & boleh bayar guna QR
โœ… Kerusi penumpan boleh laras yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh
โœ… Ada plug point bawah kerusi untuk korang caj telefon

๐Ÿ“ŒTips Naik ETS!

  • Nak jimat masa, korang muat turun apps KITS untuk beli tiket keretapi, tak pun.. layari lamanย web www.ktmb.com.my
  • Pemilihan seat dalam tren: kalau nak seat jenis menghala kedepan, masa beli tiket pilih seat โ€˜Forwardโ€™
  • Dalam ETS โ€“ Surau & Kafe berada di bahagian Koc C
  • Kafe: Menu dalam kafe ni ada macam-macam dari nasi sampailah ke snek. Boleh bayar guna QR Pay

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *