Pulau Jeju – Pengalaman Berbeza Ketika Setiap Musim

Pulau Jeju merupakan antara destinasi yang popular di Korea Selatan. Pulau ini terletak di bahagian selatan negara Korea dan ianya mempunyai empat musim. Sebenarnya Jeju sangat sesuai untuk dilawati tidak kira musim kerana di setiap musim akan memberikan pengalaman dan suasana yang berbeza.

Jadi untuk kali ini kami ingin kongsikan tempat serta aktiviti menarik yang boleh dibuat pada setiap musim!


MUSIM BUNGA (SPRING)

Musim bunga atau ‘Spring’ di Jeju adalah antara bulan Mac hingga Mei. Antara bunga yang popular di pulau ini adalah bunga Canola. Suhu ketika musim ini adalah antara 11°C hingga 23°C. Ianya juga adalah musim paling sibuk dengan kedatangan pelancong di Jeju.

Antara tempat-tempat yang wajib dikunjungi ketika musim bunga adalah :

  • GASIRI WIND POWER PLANT
    • Merupakan sebuah ladang bunga canola yang terbaik di Jeju
    • Terletak di jalan Noksan-ro iaitu salah-satu jalan yang dipenuhi dengan pemandangan bunga sakura dan bunga canola
    • Kemasukan ke tempat ini adalah percuma
    • Waktu terbaik ke sini – Minggu pertama bulan April, (1- 9 April)
    • Insta-worthy spot!

      *Peringatan:
      – Elakkan memetik bunga-bunga dalam kawasan tersebut
      – Tiada tandas awam, tempat letak kereta dan restoran di sekitar kawasan ini namun masih ada food truck yang menawarkan makanan ringan


kredit: The Calm Chronicle

kredit: Jeju Tourism Organisation
kredit: The Calm Chronicle

  • GAPADO
    • Tempat ini terletak di tengah-tengah antara Pelabuhan Moseulpo dan Pulau Marado
    • Ia juga dikenali sebagai Olle Route 10-1
    • Tanaman barli tumbuh lebat dan baik di kawasan ini kerana keadaan tanah yang rata
    • Anda boleh kunjungi pesta barli hijau yang dianjurkan sewaktu musim bunga
    • Anda juga boleh luangkan waktu untuk bersantai atau berbasikal di sekeliling Gapado ini
    • Purata masa bersiar-siar disini: 1-2 jam


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: Jeju Tourism Organisation

  • JEJU MONOLITH 9.81 PARK
    • Disini, anda boleh mencuba aktiviti go-kart
    • Terdapat 3 jenis go-kart yg boleh dicuba iaitu:
      – Go-kart individu : max kelajuan 40km/h (min umur 14 tahun // tinggi 150 cm)
      – Go-kart 2 seater : (min umur 3 tahun // tinggi 100cm)
      – Go-kart professional : kelajuan 60km/h


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • SHARON & EDEN CAFE
    • Sebelum ini dikenali sebagai ‘Letters to Cereal Café’
    • Ianya merupakan sebuah ‘Self Wedding’ cafe. Dekorasi di cafe in sangat cantik dan ada banyak menu yang menyelerakan di sini. Lagi satu, setiap sudut di cafe ini adalah spot yang cantik untuk bergambar!
    • Anda juga boleh mencuba pakaian perkahwinan (5,000 won) sewaktu menikmati hidangan dessert yang menarik di kafe ini
Kredit – Sharon & Eden Cafe


kredit: Sharon & Eden Cafe
kredit: Sharon & Eden Cafe


MUSIM PANAS (SUMMER)

Musim panas pula adalah diantara bulan Jun hingga Ogos. Dengan suhu diantara 23°C hingga 29°C ianya masih di kategorikan sebagai cuaca yang sedap untuk berjalan di Pulau Jeju.

Antara tempat-tempat menarik ketika musim panas adalah :

  • Big Ball Land
    • Merupakan tempat beriadah yang extreme dan menyeronokkan
    • Disini terdapat permainan ‘Zorbing’ iaitu berguling dari puncak atas ke bawah di dalam bola besar
    • Terdapat 2 jenis Zorbing iaitu:
      – jenis air (dalam bola ada percikan air dari spray)
      -jenis kering
    • Setiap level memberikan kelajuan yang berbeza (60 -90saat)
    • Anda tidak perlukan sebarang latihan khas untuk mencuba permainan ini
    • Terbuka untuk semua lapisan umur


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Kim Kyung Sook Sunflower Farm
    • Mula dibuka pada tahun 2012
    • Terdapat lebih 750,000 pokok bunga matahari disini
    • Terkenal sebagai spot foto yang paling menarik di laman media sosial
    • Selain bergambar, anda juga boleh membeli cenderamata yang berasaskan biji bunga matahari/kuaci disini

kredit: Our Korean Story

kredit: visitjeju.net

  • The Lonely Tree & St. Isidore Farm
    • Menariknya disini, terdapat sebuah pokok yg dikenali sebagai ‘The Lonely Tree’ kerana ianya berdiri teguh tanpa sebarang pepohon yang lain di sekelilingnya
    • Wajib bergambar disini kerana tempat ini merupakan salah-satu lokasi yang ikonik di Jeju
    • Anda juga boleh nikmati homemade ice cream di kafe Wuyu Boodan (우유부단) yang dihasilkan menggunakan susu organik yang segar dari ladang
    • Waktu operasi: 10 pagi – 5 petang // tutup hari Rabu


kredit: OneThreeOneFour (Gayun)

kredit: visitjeju.net

  • Bersantai di pantai Jeju:
    • Antara pantai yang boleh dilawati adalah pantai Weoljeongri, Hamdeok, Gwakjji, Hyeopjae dan Gimnyeong
    • Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan, antaranya ialah berenang, snorkelling, paddle boarding serta menaiki jet boat
    • Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba aktiviti ‘Sea Walking’ iaitu cara terbaru untuk terokai laut
    • Aktiviti ini tidak memerlukan peralatan khas atau oksigen tank yang berat, cuma perlu memakai helmet underwater sahaja


kredit: Visit Korea

kredit: Jeju Tourism Organisation

kredit: Jeju Tourism Organisation

  • Affinity Café (Watermelon Shaved Ice)
    • Tembikai merupakan buah terbaik di musim panas kerana ianya memberi kesegaran!
    • Kafe ini menyediakan menu desert yang menyelerakan seperti bebola ais bersalut dengan sirap dan tembikai yang dicincang halus
    • Anda juga boleh nikmati aiskrim tembikai yang dihiasi dengan biji bunga matahari/kuaci yang manis, rangup dan menyegarkan!


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net


MUSIM LURUH (AUTUMN)

Musim luruh pula adalah antara bulan September hingga bulan Disember. Suhu musim luruh adalah di antara 14°C hingga 26°C .

Antara tempat yang menarik untuk dilawati ketika musim luruh adalah:

  • Sangumburi crater
    • Merupakan sebuah kawah gunung berapi yang besar
    • Jarak tempat letak kereta dengan tempat ini dekat sahaja, tidak perlu mendaki kawasan tinggi
    • Anda boleh melihat pemandangan kawah yang pada titik terdalamnya lebih dari 100 meter di bawah anda
    • Anda juga dapat menikmati pemandangan yang dipenuhi dengan silver grass disekitar kawasan ini
    • Silver grass turut dikenali sebagai eulalia iaitu sejenis tumbuhan yang tumbuh tinggi sewaktu musim luruh
Kredit – LesliePng
Kredit – LesliePng
Kredit – LesliePng

Olle trail 6 (Soesokkak Bridge-Oedolgae)

Merupakan laluan yang melintasi pantai dan pusat bandar (13.3km)

Bermula dari Jambatan Soesokkak ke pusat bandar Seogwipo, Lee, Jung-seop Street seterusnya tembus ke jalan di atas Cheonjiyeon Falls dan menghubungkan ke Oedolgae Rock

Terbuka untuk semua lapisan umur kerana keadaan jalannya rata


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Deokmori Coastal Road
    • Disini anda boleh merehatkan minda dengan melihat pemandangan laut yang terbentang luas
    • Kawasan yang terletak di Olle Walking Trail No. 18 ini juga sangat cantik untuk menyaksikan matahari terbenam
    • Merupakan salah-satu lokasi popular bagi program pendidikan ekologi kanak-kanak


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Bunker de Lumieres
    • Merupakan sebuah galeri yang dipenuhi dengan pameran lukisan inovatif
    • Anda boleh melihat hasil karya para artis yang terkenal
    • Terdapat efek pergerakan halus pada lukisan tersebut – gambar akan kelihatan seperti bergerak-gerak
    • Terletak di pantai timur Seongsan, berdekatan dengan Seongsan Ilchulbong Peak


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Café the Container
    • Merupakan sebuah kafe yang menyediakan hidangan berasaskan buah limau mandarin yang segar dari ladang
    • Anda berpeluang untuk memetik buah limau mandarin dari ladang yang ada di sekitar kafe ini
    • Disini juga anda dapat melihat rimbunan pink muhly


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net


MUSIM SEJUK (WINTER)

Bagi anda yang suka kan cuaca sejuk, anda boleh bercuti ke Pulau Jeju antara bulan Disember hingga Februari. Ketika ini suhu boleh mencecah hingga 7°C .

  • Ecoland
    • Sebuah taman tema yang mempunyai keluasan sehingga 1 juta meter persegi
    • Anda berpeluang untuk meneroka Eko-sistem Gotjawal iaitu hutan misteri yang merupakan sebahagian daripada hutan primitive di Gunung Halla
    • Anda juga boleh menjelajah taman tema ini dengan kereta api yang kelihatan seperti kereta api berkuasa Baldwin 1800-an
    • Ianya adalah satu-satunya landasan kereta api yang berada di pulau Jeju

      *Peringatan:
      – Jangan lepaskan peluang untuk sertai program ‘Gotjawal Forest Commentary’ secara percuma bagi mengetahui asal usul dan komposisi habitat Gotjawal
      – Anda juga boleh turut serta dalam program ‘Gotjawal Healing’ iaitu sebuah program terapi semula jadi untuk menyegarkan minda dan badan di persekitaran hutan


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Camellia Hill
    • Anda boleh melihat bunga kamelia yang mekar sewaktu musim sejuk disini
    • Taman ini terletak di Andeok-myeon
    • Bunga kamelia ini tumbuh mekar dari pertengahan November sehingga awal musim bunga
    • Merupakan salah-satu spot cantik untuk berfoto sambil dikelilingi dengan bunga
    • Festival kamelia bakal dianjurkan setiap kali tiba musim sejuk


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: Korea Tourism Organisation – Estee Tong
  • Hallasan Trekking
    • Rasai pengalaman mendaki gunung Hallasan sewaktu musim sejuk
    • Jangan lupa untuk membawa kopi panas dan coklat sewaktu pendakian kerana ianya agak mencabar
    • Anda juga boleh menaiki kereta sambil menikmati bunga salji di sekitar kawasan ini


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • Jeju Herb Dongsan
    • Terdapat lebih 150 jenis herba dan wild flower di taman ini
    • Anda boleh melakukan terapi seperti foot bath di sini
    • Selain itu, terdapat kedai herba dan kafe di sekitar taman
    • Di kafe Botanika 170 (dalam Herb Dongsan), anda berpeluang untuk sertai aktiviti pembuatan sabun
    • Anda dapat menikmati suasana yang indah sewaktu berada di taman ini pada waktu malam kerana ianya akan bertukar menjadi taman LED
    • Tempat ini sesuai untuk dijadikan lokasi bersantai bersama insan yang tersayang


kredit: Korea Tourism Organisation

kredit: Korea Tourism Organisation

kredit: visitjeju.net

  • Glamping at Night
    • Nikmati keindahan alam di Jeju menerusi aktiviti glamping di malam hari
    • Antara lokasi yang bersesuaian untuk glamping adalah di Muhanjamihyang, Byeol Heneun Bam, Jocheon Gyulbit dan Jeju Dolhareubang
    • Terdapat pelbagai jenis glamping dan caravan yang menarik boleh anda sewa bagi menikmati suasana malam di Jeju
    • Aktiviti ini dapat mengurangkan tekanan stres dengan melihat sinaran bintang di malam hari


kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

kredit: visitjeju.net

  • And Yu Café
    • Terletak di Hallim Village, kira-kira 30km dari arah barat bandar Pulau Jeju
    • Kafe ini sangat bersesuaian untuk anda yang mengamalkan gaya hidup vegan
    • Antara menu yang disediakan adalah sandwich, sup, dessert, teh dan kopi yang berasaskan bahan organik


kredit: Jeju Tourism Organisation

kredit: And Yu Cafe

kredit: And Yu Cafe

Semoga info-info ini bermanfaat dan dapat membantu anda merancang perjalanan ke Pulau Jeju!. Panduan ini dibawakan kepada anda oleh Jeju Tourism Organization.


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *