Percutian sekeluarga ke Semporna, Sabah – itinerari 4H3M

Kalau sebut ja Sabah.. mesti terbayang pulau yang bersih air yang jernih.. Senang cakap majoriti pulau di Sabah cantik-cantik! Nak pulak kalau sebut Semporna.. pasti ramai yang terpukau dengan keindahan semula jadi yang ada disana. Oleh hal sedemikian, kali ini Kaki Travel nak share sikit pengalaman sis Syuhada Rosli mengenai percutiannya bersama keluarga selama 4 hari 3 malam di Nusakuya Resort, Semporna, Sabah.




Flight ; KL – Tawau
Disebabkan kami gerak dari KL, so kami kena menuju ke Tawau dahulu sebab takde flight yang direct terus ke Semporna.

Ambil pakej percutian untuk mudahkan urusan
Terdapat pelbagai jenis pakej percutian menarik yang ditawarkan di Semporna ni beb. Bagi korang yang nak bercuti dengan anak kecil macam sis, sesuai sangat ambil pakej ya. Bukan apa, lebih mudah dan senang untuk korang control pergerakan anak-anak.
Sampai je airport dah ada orang ready nak pickup, sampai je jeti.. orang resort dah ready nak bawak kita naik bot. So korang tak payah nak pening kepala settle sana sini.

Untuk percutian kali ini, sis ambil pakej 3H2M dari Project Vacation. Pakej ni merangkumi:
– Penginapan
– Makan utk 3 Hari
– Airport transfer dari Tawau ke Semporna (pergi + balik)
– Boat transfer dari jeti Semporna ke Nusakuya
– Peralatan snorkeling

Harga:
Dewasa – RM 650
Kanak-kanak *bwh 10thn – RM 150


Nak lagi menarik, sis add on pakej untuk island hopping. Pakej yang sis ambil ini cover 3 pulau iaitu:
– Pulau Bohey Dulang
– Pulau Mantabuan
– Pulau Sibuan

Harga:
Dewasa – RM 120
Kanak-kanak – RM 60




Budget 4H3M *tak masuk flight tiket ;
1. Penginapan (3H2M) – RM 2160 ;
– RM 650 x 2 (dewasa) + RM 150 x 2 (kanak-kanak)
– Tambah extra 1 mlm – RM 280 x 2 (dewasa)
*Infant free

2. Add on Pakej – RM 360
– RM 120 x 2 (adult) + RM 60 x 2 (kanak-kanak)
*Infant free

Total : RM 2520




Itinerari 4 Hari 3 Malam
Hari Pertama
– Gerak awal pagi dari KLIA2 menuju ke Tawau Airport
– Menaiki van dari Tawau ke Semporna // perjalanan dalam 1 jam
– Tiba di Jeti Umum Semporna dan menaiki bot menuju ke Nusakuya Resort Semporna
– Tiba di Nusakuya Resort jam 2ptg, lunch then check in bilik
– Petang bawa anak-anak mandi laut






Hari Ke- 2
– Sarapan pagi, makanan dihidangkan di meja masing-masing ikut no. bilik
– Berkayak di sekitar resort, kayak jenis transparent so memang cantik untuk berfoto
– Settle kayak, mandi laut then snorkeling depan bilik
– Snorkeling gear boleh pinjam dari resort, ada juga floating bed untuk fefeling baring tengah laut

*Sewa Kayak: RM 25 // setengah jam
*Tips: untuk keselamatan, sila bawa Aquashoes siap-siap. Boleh beli di Decathlon (RM16)






Hari Ke- 3
– Aktiviti Island Hopping bermula ke Pulau Bohey Dulang
– Berfoto dan jalan-jalan sekitar pulau *sebab cuaca semalam tak elok so trek untuk hiking tutup seketika.
– Ber-snokeling di tengah laut sikit, Aquashoes kena bawa
– Menuju ke Pulau Mantabuan, view sini cantik macam dalam poskad
– Sambung snorkeling
– Dalam pakej Island Hopping ada include makanan tengahari, so just bawa jajan untuk anak-anak mengunyah
– Menuju ke Pulau Sibuan, disini ada penempatan Bajau Laut
– Settle pusing 3 pulau, balik ke resort, mandi dan dinner

*Tips: Kalau datang Pulau Bohey Dulang, nak tengok view cantik boleh hiking ke puncak. Tapi kalau cuaca tak elok, trek akan ditutup












Hari Ke- 4
– Kemas barang dan check out jam 11 pagi
– Naik boat untuk ke Jeti Umum Semporna
– Dari Jeti, naik van menuju ke airport
– Singgah lunch di Tawau dan beli ikan bilis di Pasar Tawau untuk dibawa pulang
– Dah settle membeli, menuju ke airport untuk pulang ke KL





Pesanan Ringkas:
– Kalau bawa anak kecil, make sure hati-hati supaya tak jatuh ke laut nak pulak air pasang surut.
– Dekat sini tengah hari air dah mula cetek.. So rasa selamat jugak la
– Normally resort atas air ni kadang-kadang takde electricity.. Tapi resort yang sis stay ini ada ok! Aircond boleh on dari siang ke malam
– Korang takkan rasa rugi datang bercuti ke Sabah beb! Serious view cantik sangat!!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

8 Responses

  1. Norazua says:

    Hi sis boleh share sis agent yg sis amik pakej ni. thank you

  2. Rozita says:

    hai boleh share tak no agent utk pakej ni

  3. Nooren says:

    Sis, ada contact no pic utk pakej & penginapan di nusakuya resort?

    • Iza says:

      Nusakuya Resort, Semporna Sabah.
      Lawa tuan puan.. 🥰🥰😍😍

      Nusakuya Resort terletak di Semporna, Sabah.Wajib masukkan resort ni dalam senarai percutian anda. Siapa je tak jatuh hati kan kalau dapat bercuti dekat sini.

      Yang menariknya, resort ini terapung dan dikelilingi penuh dengan pemandangan air biru.🛥

      👩‍❤️‍👨Banyak pakej menarik yang ditawarkan oleh Nusakuya Resort ini antaranya ialah makan dari pagi sampai malam, pemindahan kapal dari jeti semporna dan snorkeling🚣

      Harga bermula RM840 semalam untuk 2 orang.

      Apapun korang boleh terus wasap: http://www.wasap.my/60176231156/nusakuyaresort untuk lebih detail

      Kami juga ade promo theme n water park. Dapatkan PROMO THEME PARK di: https://bit.ly/3r5JylR 😘

    • Mohd nazri says:

      Boleh saya contect number agent pakaj nie?

  4. Appy says:

    Saya nak tahu package untuk nusakuya

  5. Dahlan says:

    Adalah satu kesalahan bila Mana menyentuh hidupan laut apa lagi mengangkat hidupan laut dari dasar … Di harap pihak atau agent yang membuat package pelancongan kepada mana² pelancong yang berkunjung ke Pulau pulau di semporna dapat memberi penerangan jelas dalam aktiviti laut demi menjaga ecosystem laut semporna….

  6. Mohd nazri says:

    Boleh saya contect number agent pakaj nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *